Realtime website trackingweb stats

36 tahun hidup tak pernah guna duit, lelaki ini berbelanja guna kupon je

Oleh ADINDA

Seorang lelaki di sini meneruskan kehidupan dan berbelanja selama 36 tahun hanya dengan menggunakan kupon yang diberikan secara percuma oleh sebuah syarikat pelaburan.

Kelebihan ini membolehkan Hiroto Kiritani, 71, berbelanja tanpa perlu menggunakan wang sepanjang tempoh tersebut.

Dia hanya perlu mengeluarkan duit untuk membayar sewa rumah dan kos utiliti.

Kisah Kiritani bermula apabila dia, yang sebelum ini merupakan pemain catur profesional, mula terlibat dalam aktiviti

pelaburan saham pada usia 35 tahun. Dia kemudiannya dijemput untuk menjadi pengajar catur di syarikat pelaburan.

36 tahun hidup tak pernah guna duit, lelaki ini berbelanja guna kupon je

“Minat Kiritani terhadap saham semakin mendalam hingga dia membeli saham pertama pada tahun 1984 dan meraih keuntungan dalam tempoh yang singkat.

“Namun, pada Disember 1989, purata saham Nikkei menjunam menyebabkan dia mengalami kerugian besar. Dari situ, dia mula menerima faedah lain berupa kupon percuma.

“Secara asasnya, syarikat pelaburan di Jepun akan menawarkan pelbagai kupon dan baucar percuma kepada pemegang saham selagi keuntungan syarikat kekal pada paras tertentu.

“Bahkan semasa krisis bursa saham Jepun pada tahun 1989, manfaat yang diterima pelabur membolehkan Kiritani membeli makanan dan pakaian hanya dengan menggunakan kupon.”

BACA: Ramai abai 3 perkara ini jadi punca kipas siling tak rasa angin walaupun berpusing laju