Realtime website trackingweb stats

3 tips kuruskan badan sebelum Hari Raya, rupanya boleh je makanan bergoreng tapi…

Oleh NURAIMAN

Seorang jurulatih kecergasan berkongsikan 3 tips kuruskan badan sebelum tibanya Hari Raya.

Rupanya, beliau sendiri setiap hari makan keropok tetapi dalam kuantiti sedikit saja.

“Saya pun hari-hari ada makan keropok dan coklat tapi tidak banyak.

3 tips kuruskan badan sebelum Hari Raya, rupanya boleh je makanan bergoreng tapi...

Ini panduan dikongsikan Hanif menerusi TikTok beliau:

1. Pilih makanan yang mengenyangkan

Makanan yang mengenyangkan menyebabkan kita tidak selalu makan.

Contohnya, pilih karbohidrat daripada nasi, keledek, ubi kentang atau pasta.

Makanan ini ialah karbohidrat kompleks yang kandungan gulanya rendah.

Bagi sumber protein untuk otot, pilih ayam, ikan, daging. Tak kisahlah berebus atau bergoreng.

Cuma kurangkan makanan berkuah. Lagi banyak kuah lagi banyak kalori.

Jangan banyak sangat makanan bergoreng. Bukanlah hanya ambil makanan berebus saja hanya kurangkan amaun makanan bergoreng.

Fiber pula membantu sistem penghadaman. Ada dalam buah-buahan. Pilih buah-buahan yang rendah gula seperti epal hijau.

Makanan berlemak dan berproses boleh ambil tetapi jangan banyak sangat sebab kandungan garam yang tinggi.

2. Seimbangkan pemakanan

Cuba seimbangkan pemakanan anda. Jika pagi dah makan banyak, janganlah makan banyak sangat waktu tengah hari dan malam.

Seimbangkan. Ada masa makan sedikit, ada masa makan banyak atau lebih baik seratakan lagi bagus.

3. Rahsianya bukan kurangkan makan tetapi makan sampai kenyang

Ada beza makan sampai kenyang dengan makan banyak.

Makan sampai kenyang, dah kenyang berhenti tapi makan banyak dah kenyang tapi paksa diri makan lagi.

Jadi, makanlah sampai kenyang. Jangan makan sikit sangat.

Memang berat badan akan turun tapi otot yang lebih banyak turun bukannya lemak.

Siapa yang kurangkan makan terlalu banyak, badan kurus tetapi perut buncit. Sebabnya kekurangan otot bertambahnya lemak.

Baca:

Ganti balik belanja ‘dating’ berjumlah RM142 termasuk makan bakso, paksaan lelaki tangkai jering ini melucukan

“Saya terkilan..” – 2 tahun berlalu, Dayang selesai rakam lagu terakhir Rudy Imran

Resipi parfait yogurt kurma juadah berbuka yang menyelerakan, mudah dan sekejap saja nak buat