Realtime website trackingweb stats

3 selebriti global ini lantang bersuara walau dicop anti-Semitik

Oleh NOR SITI HAZLINDA

 

Di sebalik gemerlapan dunia hiburan antarabangsa, ada sisi gelap mereka apabila ramai yang membisu dan ‘menikus’ dengan kezaliman di Palestin yang telah meragut lebih 7,300 nyawa setakat ini.

Namun, masih ada segelintir daripada mereka yang secara terbuka menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin yang sedang dibunuh pengganas Israel.

3 selebriti global ini terbukti berani menuntut keadilan dan memperjuangkan kemanusiaan Palestin:

1. BM

3 selebriti global ini lantang bersuara walau dicop anti-Semitik

Penyanyi dari Korea Selatan, BM yang merupakan anggota kumpulan Kard tampil menyatakan sokongannya terhadap Palestin apabila memuat naik status dalam aplikasi X.

Biarpun bercakap tentang hari kelahiran, status berkenaan dilihat menyelitkan sokongan buat Palestin.

“Sementara saya masih berkesempatan menyambut ulang tahun kelahiran, terlalu ramai orang tidak bersalah di Gaza yang kehilangan keistimewaan itu.

“Tolong berdoa untuk mereka yang kehilangan nyawa dan mereka yang terdesak untuk mengakhiri semua ini,” tulisnya.

Status itu telah meraih 2.5 juta tontonan dan pujian peminat antarabangsa atas sifat peduli BM terhadap mereka yang diganyang Israel.

2. Zara Larsson

3 selebriti global ini lantang bersuara walau dicop anti-Semitik

Penyanyi dan penulis lagu asal Sweden, Zara Larsson memuat naik status ringkas Instagram Story berhubung isu yang sedang berlaku di Palestin.

“Jadi semua menyokong Ukraine apabila Rusia menyerang tetapi bukan Palestin,” tempelaknya.

Zara turut berkongsi status menerusi aplikasi X berkenaan rakyat Palestin yang terperangkap dan dibiarkan kelaparan serta dinafikan hak mereka untuk mendapat bekalan elektrik dan air bersih.

3. Emma Watson

3 selebriti global ini lantang bersuara walau dicop anti-Semitik

Pelakon Britain, Emma Watson sejak tahun lalu lagi turut menyatakan solidariti bersama Palestin sehingga mengundang reaksi pemimpin Israel.

Bintang Harry Potter itu berkongsikan siaran di Instagramnya dengan kapsyen, “Solidarity is a verb” berlatar belakangkan himpunan peserta mengangkat sepanduk dan bendera Palestin.

Pendirian Watson itu rupanya menjengkelkan wakil Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Danny Danon yang kemudiannya menuduh aktres itu anti-Semitik iaitu diskriminasi terhadap Israel atau Yahudi.

Baca:

Dahsyat grafik kempen boikot di Turki ini, rupanya Starbucks terang-terang sokong pengganas dunia

9 aksesori dan gajet kereta paling popular dibeli oleh pengguna, setiap kereta wajib ada

China Kalahkan Amerika Syarikat, NASA Bina Reaktor Nuklear Angkasa 100 Kali Ganda Lebih Kuat