Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan satu kejadian yang menyayat hati di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, di mana seorang bapa disyaki lemas semasa sedang berenang.
Kejadian seperti ini bukanlah yang pertama kali berlaku dan kemungkinan besar juga bukan yang terakhir.
Tahukah anda, kawasan pelancongan sepanjang Pantai Timur negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, dan Pahang adalah tempat-tempat berbahaya untuk berenang, terutamanya semasa musim Monsun Timur Laut.
Peringatan ini diberikan kerana adanya faktor geografi yang penting.
Untuk maklumat lanjut, mari kita dengar perkongsian dari seorang Pakar Oseanografi dan Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir.
1) Faktor muka bumi
Penyelidikan yang dijalankan di kawasan pantai, terutamanya di Terengganu, mendapati bahawa landskap semula jadi adalah satu bahaya utama yang perlu diberi perhatian oleh pengunjung.
Walaupun air laut di pantai itu mungkin kelihatan cetek dan selamat untuk bermain, pengunjung perlu sedar bahawa kawasan landai pantai sebenarnya hanya beberapa meter lebar.
Di hadapan mereka, terdapat cerun yang curam ke bawah yang boleh menyebabkan air menjadi dalam secara tiba-tiba.
Bagi sesiapa yang tidak mahir berenang atau tidak bersedia, mereka mungkin mengalami rasa panik dan berisiko lemas.
Contoh yang jelas boleh dilihat di Pantai Rhu 10, di mana ketika air surut, kawasan pantai yang curam menjadi terdedah, walaupun tidak kelihatan semasa air pasang.
Hal ini disebabkan oleh fakta bahawa Pantai Timur berhadapan dengan Laut China Selatan yang sangat luas.
2) Keadaan cuaca yang tidak menentu.
Terutama semasa fasa peralihan musim monsun timur laut, boleh menyebabkan pelbagai masalah.
Oleh itu, para ibu bapa disarankan untuk memilih destinasi percutian yang lebih selamat seperti kolam renang atau taman tema air.
Jika anak-anak teringin untuk bermandi-manda di laut, alternatif yang baik adalah pergi ke kawasan peranginan di Pantai Barat Malaysia seperti Lumut (Perak), Port Dickson (Negeri Sembilan), dan Langkawi (Kedah).
Pulau-pulau yang dilindungi dari laut terbuka juga merupakan pilihan yang baik.
Gelombang yang sangat kuat dari tengah Laut China Selatan sering menyebabkan badai di pantai-pantai di negeri-negeri di timur, yang membuat aktiviti berenang sangat tidak disarankan.
Baca:
Lebih 10 tahun menyepi dari dunia industri, Pierre Andre kembali mengarah filem terbaharu
4 sebab kenapa tidak digalakkan hidup menyewa terlalu lama, no 2 sangat penting