Kecoh di media sosial mengenai laporan yang mendakwa 22 juta data pelanggan Maybank telah dijual di pasaran gelap.
Data sensitif yang dikatakan terlibat termasuk nama, tarikh lahir, nombor telefon, alamat, kata laluan, dan hampir keseluruhan maklumat peribadi pengguna.
Berikutan isu ini, Maybank hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi, memberi jaminan kepada pelanggan
Bahawa sistem mereka masih selamat dan semua maklumat pelanggan dilindungi sepenuhnya.
Melalui hantaran di platform X, Maybank memaklumkan bahawa mereka memandang serius kebimbangan ini dan berusaha memastikan data dilindungi setiap masa.
“Kami memandang serius kebimbangan keselamatan ini dan terus memantau serta memastikan data dilindungi setiap masa.
“Dengan pelbagai langkah penipuan termasuk penggunaan Secure2U untuk mengesahkan transaksi dan tempoh bertenang untuk transaksi berisiko tinggi, transaksi dalam talian pelanggan kami terus dilindungi.
“Kami ingin mengingatkan pelanggan kami untuk sentiasa berwaspada dan melindungi maklumat mereka.
“Sila pastikan ID Pengguna, kata laluan, dan butiran peribadi anda selamat, dan berhati-hati terhadap perisian perosak, mesej WhatsApp, tapak pancingan data, dan panggilan telefon yang meminta maklumat peribadi,” tulis Maybank pada Rabu melalui platform X.
BACA: Baru tahu rupanya wallpaper Windows XP ini bernilai 1 juta dolar, ini kisah sebenar disebalik gambar