Menerusi video yang dimuat naik oleh @senokperutofficial, kelihatan warga emas yang dikenali sebagai Tok Ki
Dia menghias rumahnya dengan botol-botol terpakai dan menjadi tempat tarikan orang ramai yang datang ke Terengganu.
Tok Ki menamakan rumah itu sebagai ‘Rumah Botol Ayahku’.
Difahamkan, Tok Ki telah mengutip ribuan botol terbuang itu sejak 20 tahun lalu.
Menurut Tok Ki, kebanyakan botol kaca yang dikutipnya merupakan botol yang hanyut di laut.
Rumahnya yang terletak di Kampung Penarik, Setiu itu juga dihias dengan pantai pasir yang dijadikan sebagai karpet.
20 tahun kutip botol terbuang kini ‘Rumah Botol Ayahku’ milik Tok Ki jadi perhatian ramai
Pada mulanya, Tok Ki mengutip botol-botol terpakai bukan bertujuan untuk menunjuk, tetapi untuk memberi kesedaran kepada orang kampung agar tidak membuang dan memecahkan botol kaca sesuka hati.
‘Rumah Botol Ayahku’ boleh dilawat sebanyak dua kali sehari
Masa lawatannya adalah bermula pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 hingga 4 petang.
Selain botol, Tok Ki juga mengutip bekas simpanan makanan plastik untuk dijadikan sebagai hiasan di rumahnya itu.
“Tak tersangka, lepas makan mi rebus di Penarik, jumpa rumah paling unik pernah jumpa Rumah Botol Tokki di Penarik. Yang penting Tokki sangat mesra dan penuh nasihat, sampai budak-budak nak pergi jumpa dia kali kedua,” kata si perakam.