Realtime website trackingweb stats

2 kali simbah terus padam, abang bomba dedah bahan dari dapur mampu padam kebakaran

Oleh NURAIMAN

“Malang tidak berbau” bermaksud kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, tanpa mengira tempat atau siapa yang terlibat.

Apabila kebakaran berlaku di rumah, pasti kita akan panik dan hilang kawalan kerana terkejut.

Malah, ada kes di mana kediaman mangsa hangus terbakar sepenuhnya semasa menunggu bantuan dari pasukan bomba.

Untuk langkah pencegahan awal, anda sebenarnya boleh cuba memadamkan kebakaran dengan cara yang mudah.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung di Kota Bharu, Kelantan, anda hanya memerlukan campuran air dan cecair pencuci pinggan untuk memadamkan kebakaran yang disebabkan oleh minyak.

2 kali simbah terus padam, abang bomba dedah bahan dari dapur mampu padam kebakaran

Jika anda tiada pemadam kebakaran jenis serbuk kering, campuran air dan cecair pencuci pinggan boleh digunakan. Dalam video yang tular, anggota bomba menjelaskan bahawa campuran ini berkesan untuk memadam api dan merupakan alternatif kepada pemadam kebakaran jenis serbuk kering.

“Jika di rumah tuan-tuan tiada pemadam api jenis serbuk kering, anda boleh menggunakan air dan cecair pencuci pinggan. Gunakan campuran ini untuk memadamkan kebakaran di rumah pada peringkat awal.

Jika tiada pemadam api di rumah, cara ini boleh digunakan; campurkan dengan air cuci pinggan dan padamkan apinya,” katanya.

Anggota bomba tersebut juga menambah bahawa menggunakan air untuk memadamkan kebakaran yang berpunca daripada minyak adalah tidak disarankan.

“Jika api berpunca daripada minyak dan anda gunakan air, api akan semakin besar. Jangan gunakan air. Gunakan campuran cecair pencuci pinggan, dan sekejap sahaja, dua cebok sudah memadai untuk memadamkan api,” tambahnya.

BACA: Kecacatan yang paling cantik, ini fakta lesung pipit ramai belum tahu