Lampu kenderaan yang telah digunakan untuk tempoh masa tertentu sering kali menjadi kabur, seolah-olah dilitupi wap.
Masalah ini boleh menjejaskan pancaran cahaya, seterusnya mengurangkan penglihatan ketika memandu pada waktu malam.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh Ridzuan Zubir,
Terdapat cara mudah dan berkesan untuk membersihkan lampu kenderaan supaya kembali jernih.
Bahan Diperlukan:
Dua biji limau
Serbuk penaik
Langkah-langkah:
Belah dua limau.
Taburkan serbuk penaik di atas permukaan limau yang telah dibelah.
Gosokkan permukaan lampu kenderaan menggunakan limau tersebut hingga nampak kesan kilat.
Tambahkan serbuk penaik jika perlu untuk membantu proses pembersihan.
Akhir sekali, bilas lampu dengan air bersih. Anda akan melihat perubahan ketara — kaca lampu akan kelihatan lebih jernih
.
Selamat mencuba, semoga tip ini bermanfaat!
BACA: