17 kali IVF, 9 tahun menanti zuriat, kecekalan hati permaisuri Agong jadi inspirasi

Oleh NURAIMAN

Kesungguhan hati Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah untuk hamil memang amat hebat.

Sebelum dikurniakan cahaya mata sulung, Baginda telah melalui 17 sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) dan menanti selama hampir satu dekad untuk menjadi seorang ibu.

Walaupun dihadapi cabaran yang besar, Tunku Azizah menunjukkan ketabahan dan senyuman pada setiap kali menjalani proses tersebut.

17 kali IVF, 9 tahun menanti zuriat, kecekalan hati permaisuri Agong jadi inspirasi

Semestinya, menjalani rawatan IVF sebanyak itu bukanlah satu proses yang mudah.

Terutama sekali, kesihatan mental dan emosi wanita yang diuji sepanjang proses mencabar tersebut.

Memetik titah Raja Permaisuri Agong sebelum ini, “Saya satu-satunya Ratu Permaisuri di dunia yang mempunyai empat cahaya mata hasil rawatan IVF. Saya tidak malu mengakui kepada seluruh dunia bahawa saya juga mengalami masalah dan kesulitan untuk memiliki cahaya mata. Usaha ini mengambil masa lebih sembilan tahun.”

Kesulitan Tunku Azizah mendapatkan waris takhta negeri Pahang telah memberi inspirasi kepada Baginda untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004.

Tidak hanya menghadapi cabaran IVF sebanyak 17 kali, Tunku Azizah juga mengalami enam kali keguguran.

Meskipun begitu, hal ini tidak menghalang Tunku Azizah daripada merealisasikan impian menjadi seorang ibu.

Setelah menantikan selama kira-kira 10 tahun, Tunku Azizah akhirnya dikurniakan rezeki melahirkan putera sulung, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, yang kini berusia 28 tahun.

Sebelum memiliki anak kandung, Tunku Azizah dan Yang di-Pertuan Agong mengambil seorang putera angkat, Tengku Amir Nasser Ibrahim.

Baginda adalah putera bongsu Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

Tengku Ahmad Iskandar Shah merupakan anak pertama yang dilahirkan Raja Permaisuri Agong.

Namun, Tengku Ahmad Iskandar Shah mangkat sejurus dilahirkan pada 24 Julai 1990.

KDYMM Tengku Hassanal dilahirkan pada 17 September 1995 dan juga mempunyai dua orang abang lelaki serta dua orang kakak perempuan iaitu Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Tunku Azizah berkahwin dengan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 6 Mac 1986.

Usaha dan semangat gigih Tunku Azizah yang sentiasa berusaha tanpa putus asa untuk mendapatkan zuriat boleh dijadikan sumber inspirasi kepada ramai.

Baca:

Hati-hati, lelaki misteri suka ikut wanita bersorangan, ramai dah kena

Ini model motosikal berkuasa tinggi pengiring Anwar, harga cecah RM140k sebiji

‘Janganlah buat konsert 3 hari sebelum Ramadan’ – Ini nasihat Mufti Pulau Pinang kepada Siti Nurhaliza