Realtime website trackingweb stats

Tak kisah orang cemuh guna kereta lama, Jasmin bahagia Bobob bawa pergi makan cendol

Oleh FATIN AQILAH

Pelakon Jasmin Hamid tidak kisah walaupun dicemuh segelintir netizen hanya disebabkan memandu semula kereta model lama Proton Wira.

Menggelar keretanya itu sebagai Bobob, aktres berusia 51 tahun itu kelihatan bahagia berkongsikan detik menaiki ‘my Felari’ beliau di Instagram.

Menerusi klip video yang dikongsikannya, Jasmin dilihat ditemani suaminya, Nazmir Abd Rahman yang sedang memandu Bobob berwarna merah itu.

“Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget kat saya.

“Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?’ Ini antara dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar. Kenapa ya? Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk?

“Alhamdulillah, ‘my Felari’ dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun dia ditidurkan sebab PKP,” kongsinya.

Jasmin yang juga pelakon drama Hati Tanpa Cinta itu berkata, Bobob sebenarnya mempunyai nilai sentimental.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

“Saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya. Bobob ada sentimental value (nilai sentimental). Buat yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baharu untuk saya ke?

Beliau memberitahu Bobob sudah pun dibaiki setelah sekian lama tidak bergerak dan tersadai kira-kira empat tahun.

“Saya okay saja pakai Wira lama, yang awak pula rasa alergik dah kenapa?” kata Jasmin lagi.

Baca:

Ganas betul rupanya anjing peliharaan Presiden AS, dah 10 kali pegawai di White House kena gigit

Shila Amzah dan suami digosip nak bercerai, ini komen padu tuan badan

Berbalah di media sosial sampai ‘pejuang Islam’ ugut sihir, sikap lelaki berbaju hijau ini mengejutkan