PETALING JAYA: Kes kematian harian Covid-19 pada hari ini mencecah 126 orang, jumlah ini adalah tertinggi pernah dilaporkan sejak pandemik ini bermula, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Sila duduk di rumah dan amalkan kawalan dan “lockdown” kendiri,” katanya menerusi status Facebook di sini hari ini.

Jumlah kematian keseluruhan akibat Covid-19 kini mencecah 2,993 orang.

 Sumber gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia