Korang tahu tak apa maksud setiap tracking status? Rasanya ramai yang tak tahu kan, yang tahu barang dah sampai. Tu je yang penting.
Rasanya sudah menjadi kewajiban bagi orang kita shopping online, Biarpun cara ini dilihat mudah tapi pelanggan
kebiasannya menghadapi masalah dalam menggunakan servis penghantaran yang ditawarkan oleh Pos Laju Malaysia.
Betul tak? Dengan adanya sistem tracking membuatkan pembeli rasa yakin yang barang yang dibeli akan sampai kepada mereka.
1. “Item Posted Over The Counter”
Abang kaunter post office/poslaju baru terima parcel dan scan barcode tracking number.
2. “Consignment received and processed from posting at Post Offices
”
Konsainan diproses daripada pengeposan di Pejabat Pos. Yang ini maksudnya mungkin data penghantaran dah ready dari Post Office (PO) lagi. Bila sampai Pos Laju, boleh terus hantar keluar.
3. “Item dispatched out”
Parcel dihantar keluar dari ofis pos laju
4. “Item processed”
Parcel sedang diprocess di bahagia PO atau Parcel Hub Pos Laju. Mungkin waktu itu pembahagian mengikut lokasi poskod akan dilakukan supaya memudahkan sistem atau proses penghantaran yang akan dilakukan nanti.
5. “Consignment dispatch out from Transit Office”
Parcel dihantar keluar dari pejabat transit. Jadi korang tak perlu risaulah kalau parcel tak sampai-sampai lagi kerana mereka baru hendak mulakan proses menghantar ke PO berdekatan alamat korang ok?
Ini tips bagaimana nak faham 10 maksud “tracking status” Poslaju yang ramai tak tahu
6. “Arrive at delivery facility at…”
Parcel sudah tiba di destinasi yang paling dekat untuk dibuat penghantaran ke alamat korang.
7. “Item out for delivery”
Sekarang, abang posmen bertanggungjawab untuk buat penghantaran ke alamat korang. Sila pastikan alamat yang korang bagi pada kami betul tau supaya abang posmen tak perlu guna waze untuk cari alamat korang.
Pastikan juga ada orang di rumah untuk menerima parcel kerana jika tidak, barang korang akan dipulangkan semula ke pejabat pos terdekat!
8. “Item can be collected at…”
Parcel boleh diambil di Pos Laju tertera. Maksudnya, parcel korang sudah selamat ada di pejabat mereka. Ini mungkin berlaku kerana sewaktu penghantaran korang tiada di rumah dan mereka tidak dapat menyampaikan parcel terus kepada tuan rumah membuatkan ia dihantar semula ke pejabat pos yang terdekat untuk penyimpanan yang perlu dituntut sendiri.
Jika berhari-hari status sama, sila terus hubungi pejabat Poslaju tersebut untuk mengetahui status sebenar. Kami nasihatkan korang pergi sahaja ambil sendiri.
9. “Item delivered to (Name)”
Tahniah, parcel korang sudah selamat sampai ke tangan! (atau sesiapa yang sign delivery note berdasarkan nama) yang tertera pada paket parcel berkenaan.
10. “Unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300 Addressee not available”
Ops! Parcel korang tak dapat dihantar di alamat korang. Ini berkemungkinan korang tiada di rumah atau tidak menyedari kedatangan abang posmen ke rumah. Jadi, abang posmen akan tinggalkan note untuk datang keesokkan hari untuk second delivery attempt atau jika korang pilih untuk self-collect pon boleh.
Takda lah menyusahkan abang posmen lagi!
Baca Lagi:Puas hati bila tahu, rupanya ATM boleh ‘bersuara’ bantu OKU penglihatan keluar duit