Dalam kalangan pelbagai jenis haiwan kesayangan, kucing adalah haiwan yang paling popular di kalangan individu yang memelihara haiwan.
Ini disebabkan oleh faktor harga yang mampu milik serta kemudahan dalam mendapatkannya.
Walaubagaimanapun, saya berani mengesahkan bahawa pengetahuan mengenai kucing adalah terhad, walaupun terdapat banyak individu yang memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan.
Ini 10 fakta menarik tentang kucing yang anda perlu tahu:
1) Kucing boleh melihat dalam gelap! Mata dia ada layer khas yang membantu dia nampak dalam gelap. Macam superhero, kan?
2) Kucing boleh melompat hingga 6 kali panjang badan dia? Sebab tu kita tengok dia suka buat macam-macam aksi akrobatik.
3) Perasaan kucing sangat sensitif. Dia boleh merasai gempa bumi sebelum manusia sedar. Part ni, kalau dia mengiau beria tapi kita tak nampak apa-apa, seramlah jugak.
4) Kucing suka menjilat orang. Bukan sebab dia lapar, tapi sebab dia sayang! Itu cara dia tunjuk kasih sayang dia. Jangan bagitau anak fakta ni. Haru kalau diorang tiru.
5) Kucing pun ada ‘bahasa’ sendiri. Ada lebih daripada 100 jenis bunyi meow yang berbeza-beza yang kucing guna untuk berkomunikasi. ‘Bahasa’ kucing yang saya faham, waktu diorang bergaduh je.
6) Kucing tak boleh rasa rasa manis! Jadi, tak payah bazir nak kongsi kek coklat dengan dia.
7) Telinga kucing boleh bergerak hingga 180 darjah. Dia ni memang terer detect bunyi.
8) Kucing antara atlet paling hebat. Dia boleh berlari pada kelajuan 30 batu sejam. Try la lumba lari dengan kucing.
9) Lidah kucing kalau kita zoom, nampak ada ‘bulu-bulu’ tajam macam cangkuk. Ia diperbuat dari keratin. Kalau nampak kucing tengah jilat badan dia, sebenarnya dia tengah mencuci dan menyikat bulunya.
10) Kucing memang suka bereksplorasi. Tapi bila nak berehat, mereka suka duduk dalam kotak. Kenapa? Sebab kotak tu bagi rasa selamat dan nyaman.
Dalam banyak-banyak kucing ni, saya suka kucing yang last tu. Sebab kucing tu pandai berzikir, bertasbih dan bertahmid.
Baca:
Caprice upah ‘bodyguard’ khas jaga keselamatan Mondy, bahaya selagi kes tak selesai
Terkejut bunyi mercun dinyalakan jiran, bayi meninggal dunia secara tragis, maaf pun dah tak guna