Realtime website trackingweb stats

Warga asing kantoi basuh baju, mandi dalam tangki atas bumbung, siap air bilas sabun masuk balik

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Sekumpulan pekerja asing dirakam telah melakukan aktiviti mandi dan mencuci pakaian menggunakan air tangki yang terletak di atas bangunan di kawasan USJ 21, Subang Jaya.

Tindakan ini sempat dirakam dalam satu video yang telah viral dan menunjukkan tiga pekerja warga asing, yang didakwa berasal dari Bangladesh, sedang menjalankan aktiviti tersebut.

Video berdurasi 19 saat ini telah tersebar dengan dikongsikan secara meluas di media sosial.

Ia menunjukkan tiga lelaki yang diyakini sebagai pekerja yang tinggal berdekatan bangunan tersebut, melakukan aktiviti tersebut tanpa menyedari bahawa tindakan mereka dirakam dalam video tersebut.

Video tersebut menunjukkan salah seorang daripada mereka mandi-manda sambil menggunakan sabun dan air bilasan dipercayai telah masuk semula ke dalam tangki air tersebut.

Tangkap layar video viral menunjukkan pekerja asing mandi dan cuci baju menggunakan air tangki di atas bangunan.

Tindakan ini telah menimbulkan reaksi ramai warganet, yang menganggapnya sebagai tindakan yang melampau dan memerlukan tindakan segera bagi mengelak perkara serupa berulang.

Selain mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab tersebut, warganet juga telah menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera.

Seorang pengguna platform TikTok, yang dikenali sebagai MrCpnfyn, telah menggesa individu yang merakamkan video tersebut untuk membuat laporan polis sebagai tindakan lanjutan.

Warganet turut mengeluarkan rasa kesal terhadap bilangan pekerja yang melakukan aktiviti mandi di lokasi tersebut.

NadtrahIbrahim meluahkan rasa kesal dengan berkata bahawa video tersebut mungkin sudah dirakamkan untuk jangka masa yang lama, tetapi masih belum ada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.

Kebimbangan yang sama juga dinyatakan oleh warganet lain yang mempersoalkan mengapa tangki air tersebut tidak dikunci untuk mengelakkan perkara serupa daripada berlaku lagi di masa akan datang.

Baca:

‘Cucuk’ duit rupanya patut kereta lama di petak isi petrol, yang ada perangai begini wajib baca

Yang masuk restoran dah kurang, pesanan ‘online’ pun sama, ‘rider’ akui boikot Israel bukan main-main

“Nabil ni dia tak ada sensor pintar, terima je lah dengan redha”- Azharina