Bayangkan jika anda memiliki pokok durian di halaman belakang rumah.
Apabila tiba musimnya, anda boleh menikmati durian dari hasil tanaman sendiri dengan sepuas-puasnya.
Untuk memastikan pokok durian anda tumbuh dengan baik, ada beberapa langkah yang perlu diambil
semasa fasa menyemai biji, dan jangan hanya sekadar mencampakkan biji ke tanah.
Melalui satu perkongsian di laman Facebook oleh Jarum Kemucut, ilmu tentang proses ini telah dikongsi.
Proses Semaian Biji Durian Sebelum Ditanam.
Langkah-langkah:
1) Selepas makan durian, kumpul bijinya dan basuh bersih.
2) Kemudian rendam biji tadi selama 48 jam atau dua hari. Air tak perlu banyak, cukup sekadar untuk tenggelamkan biji.
3) Selepas dua hari boleh tus air. Biji durian yang sudah timbul tunas akarnya sedia untuk ditanam.
4) Cara alternatif pula adalah dengan merendam biji durian selama satu malam, keesokan harinya boleh keluarkan air.
5) Letakkan biji tadi di dalam bekas tertutup yang sudah dialas dengan tisu. Simpan bekas di tempat yang redup selama satu hari.
6) Selepas sehari, biji durian yang mula keluar tunasnya boleh ditanam.
Petua tanam biji durian:
1) Tidak perlu korek tanah untuk menanam durian, hanya cucuk bahagian biji yang sudah bertunas ke atas permukaan tanah.
2) Disarankan untuk menanam biji durian di dalam polibeg bersama tanah cocopeat.
3) Siram tanah secara berkala, pastikan ia tidak kering.
BACA: 5 ramalan ‘engineer’ tahun 1900 benar-benar terjadi, no.2 tu menyeramkan