Realtime website trackingweb stats

Selepas super ring, nasi lemak pula dicampur nachos

Oleh NUR KASIH

Makanan jajan nachos yang dicampur dengan nasi lemak mendapat kecaman daripada netizen

Ada yang berpendapat gabungan tersebut tidak sepatutnya wujud.

Nachos, yang biasanya disajikan dengan daging cincang sebagai makanan jalanan,

Telah diolah bersama elemen nasi lemak, mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Walaupun ada yang teruja dengan inovasi resepi ini, ramai juga yang menganggap gabungan makanan sedemikian semakin melampau dan tidak sesuai.

Selepas super ring, nasi lemak pula dicampur nachos

“Makanan pun dah ‘murtad’, diolah ikut selera rakyat Malaysia sampai menyebabkan obesiti.

Makan ‘cacamarba’. Belum umur 35 tahun, buah pinggang sudah rosak. Sudah-sudahlah makan makanan merapu macam ini,” kata Syamsul Nazri memberi peringatan.

“Tolonglah jangan ada yang menyokong. Merapu sangat. Malaysia kaya dengan pelbagai makanan yang sedap.

Tak perlu cipta makanan yang tidak masuk akal macam ini. Memang menyedihkan,” komen Shazriena Zulkifli.

“Ini dah melanggar ‘hukum’ nasi lemak,” ujar Nurul Hadirah dengan nada kecewa.

BACA: Caj dengan harga tak masuk akal, JPJ cadang lucut hak teksi haram