Ramai mengecam tindakan sebuah kedai makan dipercayai menjual hidangan sate meletakkan keju.
Dipercayai keju itu hanya ‘fake cheese’ yang sarat dengan bahan pengawet dan bahan kimia
Kecaman itu muncul selepas tular memperlihatkan pengguna media sosial menikmati sate yang disajikan dengan ‘cheese’ berbanding kuah kacang.
Bahkan, ada yang melahirkan kebimbangan sekiranya pelbagai lagi hidangan tradisi popular rakyat negara ini turut diletakkan keju.
“Aku pelik betul tengok tekak orang kita ni. Habis semua makanan nak ‘dicheesekan’.
“Kenapa eh sebenarnya. Kalau letak cheese tu automatik jadi Mat Salleh ke macam mana. Sayanglah sikit badan tu, semua nak telan,” komen Are Larm.
“Bajet terinovasi, sudahnya bukan keju betul yang guna (keju asli),” kata Adib Anuar.
“Nasib aku tak jumpa lagi nasi lemak ‘cheese’. Kalau ada info kedai mana jual, aku nak ‘santet’ tuan kedai tu,” seloroh Mohd. Aznin Fazli.
Semakan NextStep Malaysia mendapati sejak tahun 2021 lagi, sate ‘cheese’ telah ada di pasaran sekaligus mengancam keaslian makanan tradisi makanan Malaysia itu.
Malah, ‘cheese’ yang sudah jadi trend diletak dalam makan tempatan mungkin bukan keju sebenar.
Hal ini memandangkan keju sebenar adalah mahal manakala keju diproses
Pengambilan keju yang diproses atau ‘fake cheese’ berlebihan dibimbangi berbahaya untuk kesihatan.
Seorang YouTuber berpendapat begitu banyak bahan pengawet dan bahan kimia dalam ‘cheese’ yang merosakkan makanan tradisi di negara ini.
Baca:
Jadi ketua negara ke-17, jom kenali sedikit sebanyak latar belakang Sultan Ibrahim
‘Tak gemar berfikir, hanya suka main game’ – Terkejut ibu ini semasa menemuduga remaja perempuan
Kongsi sarapan dengan kucing, pengarah yang sedang stres ini ‘healing’ jiwa