Realtime website trackingweb stats

Makanan sihat tak semestinya harga kayangan, suhun sup ini mudah dan jimat, 10 minit pun dah siap

Oleh NURAIMAN

Ramai mungkin menyangka makanan sihat mesti harga kayangan walhal boleh saja cuba resepi yang mudah dan jimat 10 minit pun dah siap boleh makan.

Malah, makan makanan yang dimasak sendiri di rumah juga juga ‘sihat’ untuk poket. Makanan yang dibeli di luar lazimnya kurang sihat lantaran tinggi kandungan lemak, bahan perasa serta garam.

Arinah Mat Yusof berkongsikan cara menyediakan suhun sup yang baginya lebih kenyal berbanding bihun yang biasanya digunakan.

Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah.

2. Tuang 600ml air dan tambahkan kiub ayam tanpa MSG.

3. Apabila dah menggelegak, masukkan potongan bulat lobak merah dan cendawan enoki yang mengenyangkan.

4. Tambahkan 2 biji telur sebagai sumber protein dan boleh masukkan bayam terutama bagi yang ada masalah kekurangan darah.

5. Boleh tambahkan sedikit minyak bijan sebagai penyedap rasa.

Menu yang sihat dan mudah untuk disediakan seperti di atas antara yang boleh anda cuba.

Pengambilan diet seperti nasi kandar, roti canai atau char kuay teow yang kerap akan meningkatkan risiko anda untuk mengalami satu atau lebih faktor risiko bagi penyakit tidak berjangkit (NCD).

Kandungan gula dalam darah yang tinggi, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi sebenarnya boleh dielak jika kita mengamalkan makan makanan yang dimasak sendiri di rumah.

Tapi kalau masih malas juga maknanya anda akan kena rajinlah nanti berulang alik ke hospital dan makan macam-macam jenis ubat kala usia makin meningkat.

 

Baca :

Baru lahir anak hasil dengan Neymar, rumah keluarga kekasih bintang Brazil ini pula kena rompak 

Dah masuk musim, APM kenal pasti 6,000 hotspot banjir, minta rakyat bersedia

“Lawa sungguh dia ni, macam perempuan Korea” – netizen terpukau kecantikan isteri Haqiem Rusli