Realtime website trackingweb stats

Kenyataan bos Mydin ini buat ramai menitis air mata, terkesanya dengan arwah Salahuddin

Oleh ADINDA

Kenyataan bos Mydin ini buat ramai menitis air mata, terkesanya dengan arwah Salahuddin. Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Ameer Ali Mydin tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi pandangannya mengenai pemergian menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup Allahyarham Salahuddin Ayub.

Bercakap kepada Astro Awani, ahli perniagaan yang sedih itu berikrar untuk meneruskan inisiatif Menu Rahmah “sampai mati.”

Program Menu Rahmah diperkenalkan bagi membantu segmen B40 berdepan dengan kos sara hidup.

Di bawah program yang dilancarkan pada 1 Jan 2023, restoran yang mengambil bahagian menyajikan set makan tengah hari atau makan malam pada harga tetap RM5.

Amer berkata walaupun Menu Rahmah adalah satu inisiatif yang mudah, namun ia menyentuh hati rakyat.

“Saya harap, kawan-kawan dalam industri ni, memang ramai dah jumpa dia ramai dah kenal..we will continue this.

“Saya daripada pihak Mydin memang akan teruskan Menu Rahmah ini. Sampai mati saya buat. Okey dik, terima kasih dik,” katanya.

Salahuddin, yang juga timbalan presiden Amanah, meninggal dunia akibat pendarahan otak di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah, malam tadi.

Ahli politik berusia 61 tahun itu meninggalkan balu Fatimah Taha, enam orang cahaya mata dan 11 cucu.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong Kampung Serkat di Pontian, Johor.

Baca:

Sakan ‘snap’ gambar budak bermain, ibu ini risau aksi aneh lelaki bertopi

Awak orang mana? Rupanya jawapan ‘win’ wanita ini buat ramai mengaku ‘sekampung’

Selepas bertahun kucing dan anjing derita diseksa, tamat sudah operasi pasar kejam ini