Harus dihormati dan mempunyai etika yang mantap, namun ini video tular peguam Siti Bainun. Difahamkan, Kes adik Bella masih hangat menjadi bualan para netizen kerana Siti Bainun menggunakan 10 perguam untuk melawan Bella yang merupakan anak kecil yang didera dan anak syurga.
Kes tersebut yang mendapat perhatian sendiri dari kerabat menjadikan isu tersebut tidak dibawa main. Namun, rakaman tarian para peguam tersebut tular dan ramai memberi reaksi bahawa mereka tidak mempunyai sebarang etika sebagai seorang peguam.
Rakaman tersebut dipercayai rakaman lama namun ramai pihak mempertikaikan kredibiliti para peguam tersebut kerana sepatutnya peguam seharusnya dihormati dan mempunyai satu etika yang cukup mantap kerana mereka bekerja untuk mendapatkan keadilan rakyat.
Menerusi satu klip yang berdurasi pendek, gempar dengan isu ‘panas’ yang menyatakan bahawa salah seorang anak guaman yang mewakili kes Siti Bainun salah menggunakan etika guaman.
Beliau dikhabarkan dengan perkongsian klip berjoget bersama dengan para peguam yang lain mendapat perhatian ramai kerana kes antara Bella dan Siti Bainun masih belum selesai dari tahun 2020 lagi.
Lagi mengejutkan apabila mendapat tahu punca rakaman tarian beliau tersebar adalah mereka cuba membuktikan kepada para netizen sesuatu namun cara dan etika mereka yang tidak mencerminkan sikap seorang peguam mendapat kecaman yang hebat dari 1 Malaysia.
Video:
Kini, kisah peguam tersebut masih diperkatakan kerana beliau kelihatan ‘koyak’ apabila masih mahu tampil memberi satu penjelasan untuk membersihkan nama beliau.
Namun rakaman tersebut sudah jelas lagi tersuluh bahawa peguam Siti Bainun tiada sebarang kelayakan untuk terus berada dalam perbicaraan tersebut.
Ramai yang menyatakan rakaman tersebut adalah untuk membuktikan bahawa mereka tidak gentar dengan sebarang kecaman para netizen.