Cacing sering ditemui di kawasan tandas kerana persekitarannya yang sentiasa basah dan lembab.
Haiwan ini biasanya muncul dari celahan lantai simen atau jubin di bilik air.
Walaupun cacing tidak mendatangkan bahaya, kehadirannya boleh membuatkan tandas kelihatan kotor
Dan menyebabkan rasa jijik serta geli pada sesetengah orang.
Berikut adalah beberapa petua mudah yang boleh anda cuba untuk mengelakkan kehadiran cacing di tandas.
1) Garam
Taburkan garam di lantai dan lubang bilik air, boleh lakukan secara berkala.
Selain itu anda juga boleh mencampurkan garam dengan air panas dan mencurahkannya ke seluruh tandas.
Air garam itu juga boleh dimasukkan ke dalam botol dan disembur pada dinding bilik air, lakukannya setiap malam atau seminggu sekali mengikut betapa kerap cacing muncul di dalam tandas.
2) Peluntur
Mula-mula siramkan air paip ke seluruh bahagian tandas untuk membasahkannya, kemudian sembur cecair peluntur pada lantai serta dinding bilik air.
Namun sentiasa berhati-hati kerana peluntur mempunyai bahan kimia yang kuat sehingga boleh memedihkan mata atau kesan sampingan lain.
3) Cuka
Sembur atau curah cuka ke lantai dan dinding bilik air.
Alternatif yang lebih selamat berbanding peluntur.
4) Pembersih grout
Ia adalah sejenis agen pencuci yang kebiasaannya digunakan untuk menanggalkan kotoran degil pada lantai.
Namun turut efektif bagi membunuh cacing yang bersembunyi di sebalik celahan jubin lantai.
5) Cat epoxy
Sejenis cat yang digunakan untuk menjadikan suatu permukaan itu kalis air bagi menghalang sebarang kebocoran.
Juga berkesan bagi mencegah cacing daripada memasuki tandas.
6) Penurapan
Dapatkan grout dari kedai perkakas, ia adalah sejenis campuran antara pasir, simen dan air.
Letakkannya di celah jubin atau mozek untuk menutup sebarang rongga yang menjadi laluan masuk cacing.
BACA: Baru tahu rupanya minyak masak terpakai boleh dicuci, ini teknik restoran terkenal guna