Seorang ‘gamer’ cilik dari Palestin mengundang simpati masyarakat dunia sehingga impiannya untuk meraih sejuta pengikut di saluran YouTube miliknya tercapai.
Awni Eldous, 12, yang menyimpan hasrat untuk menjadi pemain video terkenal merupakan antara ribuan kanak-kanak Palestin yang dibunuh kejam oleh rejim pengganas Israel.
Susulan kematiannya pada Oktober lalu, warganet seluruh dunia bersolidariti.
Jutaan orang menunaikan cita-cita budak lelaki berkenaan.
Ramai berpendapat kematian Awni akibat dibunuh pengganas Israel merupakan kehilangan besar bakat kanak-kanak di Gaza.
Semakan Nextstep Malaysia mendapati saluran YouTube kanak-kanak yang ceria dan suka membantu orang lain itu sudah mencecah 1.5 juta.
Dia digelar ahli keluarganya sebagai ‘jurutera Awni’ kerana minat mendalamnya terhadap komputer.
Memulakan saluran YouTube pada Jun 2020, Awni berkongsikan videonya bermain Pro Evolution Soccer, permainan perlumbaan kereta Blur dan Counter-Strike.
Rakaman ucapan Awni memegang mikrofon dengan senyuman lebar memberitahukan cita-citanya ingin mendapat sejuta pengikut kemudiannya tular di media sosial lantaran menarik simpati netizen.
Awni terkorban bersama adik-beradiknya dan ibu bapa beliau akibat pengeboman Israel.
Saudara maranya yang masih terselamat dilapor Agensi berkata, mereka berbangga dengan kemasyhuran diterima Awni selepas menghembuskan nafas terakhir.
@trtworld After this 12-year-old YouTuber from Gaza was killed in an Israeli air strike, social media users began following his channel to fulfill his wish. #awnieldous #gaza #palestine #israel ♬ Shootout (Slowed + Reverb) – Izzamuzzic & Julien Marchal
Baca:
Lipan akan masuk dalam rumah jika ada benda-benda yang dia suka ini
Dah nak masuk tahun 2024, lelaki ini masih guna taktik lama curi tabung masjid, awal-awal dah kantoi
Siap tulis ‘jangan la bagi RM10’ dalam kad kahwin, trend baharu salam kaut