Realtime website trackingweb stats

60 tahun tak pernah cuci bekas sos, ini resepi rahsia restoran Jepun buat ramai yang datang

Oleh FATIN AQILAH

Sebuah restoran terkenal di Tokyo, Jepun, telah mencetuskan kontroversi selepas sebuah rancangan TV tempatan mendedahkan bahawa

bahan rahsia yang menyumbang kepada keenakan makanan restoran itu adalah balang sos yang tidak dibersihkan selama lebih daripada setengah abad.

Abe-chan, sebuah restoran yang popular dengan ‘pork skewer’ di pusat beli-belah Azabu Juban, Tokyo,

Baru-baru ini dipaparkan dalam rancangan televisyen Jepun.

Rancangan itu menunjukkan balang sos yang telah berkerak di restoran tersebut.

60 tahun tak pernah cuci bekas sos, ini resepi rahsia restoran Jepun buat ramai yang datang

Menurut laporan Oddity Central, balang tersebut adalah balang sos yang sama yang telah digunakan sejak enam puluh tahun lalu untuk mencelup daging babi.

Kerak coklat gelap di sekeliling balang adalah hasil sos yang tumpah dan mengeras selama beberapa dekad. Pemilik generasi ketiga Abe-chan menjelaskan bahawa balang itu tidak pernah dibersihkan sejak enam dekad lalu, yang didakwa menyumbang kepada rasa sos yang lebih sedap.

Pemilik restoran itu turut memberitahu bahawa kakitangan Abe-chan hanya menuangkan lebih banyak sos ke dalam bekas tersebut dan menutup dapur pada setiap hari.

Walaupun kerak beku di sekeliling balang sos itu mungkin tidak menyelerakan bagi sesetengah orang, bagi pemilik Abe-chan, ia adalah ciri unik yang dipamerkan di sebelah pemanggang.

Restoran ini mula dibuka pada tahun 1933 oleh datuk pemilik semasa, dan balang sos yang sama telah wujud sejak awal penubuhannya.

Tradisi menambah sos tanpa benar-benar membersihkan bekas telah diteruskan oleh ketiga-tiga generasi, dan pemilik semasa percaya bahawa amalan ini menyumbang kepada kejayaan perniagaan keluarga mereka.

Beberapa pelanggan Abe-chan yang pernah berkunjung ke restoran itu mendakwa mereka tidak mengalami sebarang masalah kesihatan berkaitan dengan balang sos tersebut.

Namun, tidak dinafikan bahawa sebahagian penonton rancangan televisyen tersebut mengungkit kebimbangan mengenai kebersihan makanan di restoran itu.

BACA: Tote bag Apple store TRX dijual semula sengan harga cecah ribuan ringgit ini sebabnya