Realtime website trackingweb stats

‘Yang sudah itu, sudahlah’ Rabbani kongsi kisah selepas Al-Arqam diharamkan

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Ahli kumpulan Rabbani, Asri dan Azadan, mengakui bahawa mereka pernah menjadi pelajar dan anggota kumpulan nasyid

Di bawah gerakan Darul Al-Arqam yang dikenali sebagai NadaMurni sekitar tahun 1980-an.

Walau bagaimanapun, Asri, yang nama penuhnya Mohd Asri Ubaidullah, berkata perkara itu sudah lama berlaku

Dan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan gerakan tersebut sejak diharamkan kira-kira 30 tahun lalu.

“Kami ingin menegaskan bahawa kami dahulu merupakan pelajar gerakan Darul Al-Arqam di bawah nama kumpulan NadaMurni, tetapi yang sudah itu, sudahlah

'Yang sudah itu, sudahlah' Rabbani kongsi kisah selepas Al-Arqam diharamkan

. Selepas Al-Arqam diharamkan 30 tahun yang lalu, kami berpecah dan berintegrasi semula dengan masyarakat.”

Sementara itu, Azadan, atau nama sebenarnya Azadan Aziz, yang juga ketua kumpulan, menjelaskan bahawa apa yang berlaku dalam gerakan Al-Arqam suatu ketika dahulu adalah jauh berbeza dengan ajaran dan tindakan Global Ikhwan Sdn. Bhd (GISBH).

“Namun, apa yang berlaku dalam Al-Arqam dulu, 80 hingga 90 peratus tidak sama dengan apa yang berlaku dalam GISBH kini. Dahulu, banyak kebaikan dan pada peringkat awal, ia berjalan dengan baik. Dari segi pengajiannya, ekonominya memang memuaskan.”

Asri dan Azadan berkongsi pandangan ini ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert 5 Rukun 2.0 yang diadakan di RCDBig Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Hasilkan lagu berlandaskan syariat

Sementara itu, Asri selaku vokalis kumpulan menerangkan bahawa lagu-lagu yang dihasilkan oleh NadaMurni menyentuh perkara asas agama dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

“Lagu-lagu yang dihasilkan NadaMurni juga mempunyai mesej yang baik seperti sifat-sifat Allah dan sifat-sifat Rasul. Itu adalah asas yang kita wajib tahu. Jadi, itu adalah lagu-lagu yang kami hasilkan dan masih diteruskan hingga ke hari ini.”

“Kami tidak menyelitkan doktrin-doktrin yang meragukan kerana kami sendiri pun takut. Kami bimbang jika perkara itu boleh merosakkan akidah diri sendiri dan masyarakat. Jadi, kami tidak akan merosakkan diri kami dan masyarakat.”

Ketika ditanya mengenai kehidupan selepas pengharaman gerakan tersebut, Asri menyatakan bahawa mereka perlu menyertai program pemulihan akidah dan dipantau oleh pihak berkuasa serta keselamatan.

“Kami dipantau oleh pihak keselamatan dan perlu menyertai program pemulihan akidah. Melalui pemantauan itu, kami mula sedar bahawa kami (sebagai kumpulan nasyid) adalah milik masyarakat, di mana mereka perlukan kami untuk berkongsi pelbagai perkara.”

Cari guru yang betul

Dalam pada itu, Asri menitipkan pesanan kepada masyarakat agar menuntut ilmu agama dengan guru yang betul untuk memastikan akidah dan pendirian terhadap agama tidak mudah terpesong.

“Nasihat saya adalah kita perlu belajar dengan banyak guru dan dengan guru yang betul. Jika kita tidak belajar dengan guru yang tepat, itu yang akan membuatkan kita terpesong dan tersilap. Carilah guru yang ramai dan yang betul, insya-Allah jalan kita akan betul.”

Terdahulu, tular hantaran di media sosial yang mendakwa bahawa beberapa ahli kumpulan nasyid terkenal pernah menyertai kumpulan NadaMurni di bawah Darul Al-Arqam sebelum gerakan tersebut diharamkan 30 tahun lalu. Setelah pengharaman itu, ahli kumpulan ini didakwa berpecah dan menyertai kumpulan nasyid terkenal Malaysia seperti Rabbani, Hijjaz, dan Raihan.

BACA: Orang tersayang pergi buat selamanya, ini cara padam akaun Insta ahli keluarga yang dah meninggal dunia