Realtime website trackingweb stats

Tidak perlu bazir duit! Buat sendiri paru goreng rangup ikut resipi ini

Oleh NURAIMAN

Paru goreng memang sedap dimakan dengan nasi panas, terutamanya jika ia digoreng hingga garing dan rangup.

Tetapi, untuk memastikan paru menjadi garing dengan sempurna, teknik yang betul perlu digunakan.

Jika ingin mengetahui teknik tersebut, marilah kita ikuti tips dan resepi paru goreng yang rangup dari Puan Norlela Abdullah.

Tidak perlu bazir duit! Buat sendiri paru goreng rangup ikut resipi ini

Akhirnya, anda boleh membuat paru goreng yang crispy sendiri.

Biasanya, di kedai, sebekas paru goreng boleh berharga sehingga RM30.

Oleh itu, kawan-kawan boleh menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan sampingan jika tekun.

Bahan-bahan:

• Paru
• Bawang putih
• Serbuk kunyit
• Serbuk ketumbar
• Serbuk jintan manis
• Serbuk jintan putih
• Serbuk cili
• Tepung beras
• Garam
• Ajinomoto

Cara-cara penyediaan:

1. Basuh terlebih dahulu paru dan rebus dalam air panas.

2. Selepas itu, sejukkan di dalam peti sejuk semalaman supaya mudah dipotong apabila sudah keras.

Jika dipotong tanpa direndam dalam peti sejuk, sukar untuk dipotong nipis.

3. Keluarkan dari peti sejuk dan potong sehalus mungkin menggunakan pisau yang tajam.

4. Kemudian, tumbuk semua bahan dengan sedikit air.

5. Seterusnya, aduk dan goreng dalam minyak yang sangat panas. Apabila hampir masak, perlahankan api.

6. Pastikan paru sudah cukup keras seperti kerepek sebelum diangkat.

Jika tidak, ia tidak akan rangup.

Selamat mencuba!

Baca:

Panas melampau: Ini penjelasan NADMA Malaysia tentang gelombang haba wajib anda tahu

Kes rogol ‘suka sama suka’ remaja naik mendadak akibat akses mudah bahan lucah, ini nasihat polis kepada B40

Banggakan Malaysia! Faisal Halim rangkul gol terbaik pada Piala Asia Qatar