Seorang doktor pakar bedah obesiti memuat naik hantaran yang kemudian menyebabkan golongan gemuk ‘sentap’.
Dr Aznan Shuhaili dari MSU Medical Centre berkata, beliau bercakap jujur tentang realiti kesukaran hidup dengan keadaan berat badan berlebihan.
“Ramai yang mesej saya personally. Sentap. Saya kata saya jujur! Sebab saya pakar bedah obesiti.
“Buat apa saya nak jaga hati? Lebih baik saya bantu mereka yang nak kurus. Mereka yang nak menikmati semula kualiti hidup!
“Walau apapun, saya mohon maaf bagi yang terasa. Teruslah hidup gemuk tu. Awak comel sangat! Awesome!” tulisnya lagi.
Ikuti tulisan DR AZNAN SUHAILI yang boleh pula mengundang rasa tidak senang golongan obes:
Adakah gemuk comel? Segak? Awesome?
Atau
Gemuk menyusahkan, susah nak masuk kereta, susah nak solat berdiri, susah nak jalan, susah nak naik tangga atau panjat bukit etc? Hidup gemuk tiada kebuluran.
HIDUP GEMUK TIADA KUALITI?
MANA SATU YANG BETUL?
Mana-mana saya pergi pun, kalau buat pemerhatian rambang, 50% manusia Malaysia di situ mesti dalam lingkungan GEMUK!
Ada orang kata, ADA AKU KESAH? gemuk ke kurus…
Jawab saya, “memang la kau tak kesah, tapi orang kerja hospital macam kami ni kesah, sebab bila kau sakit, nak angkat ko berat! Sakit pinggang kami derr!”
Baca:
Kemesraan Syed Saddiq dengan anak Bella jadi bualan, ada apa-apa ke?
Ini respon selepas tular ‘screenshot’ NRF & Aliff Aziz, adakah Bella sudah ‘penat’?
‘Kalau you curang i pun boleh’, gelagat sekumpulan anak muda ini mengundang sindiran netizen