Realtime website trackingweb stats

Tergamak ucap begitu terhadap 10 korban nahas helikopter TLDM, ustaz pun bandingkan lelaki ini dengan babi di hutan

Oleh NURAIMAN

Tular komentar seorang lelaki yang tergamak menggunakan ayat tidak sepatutnya terhadap 10 korban nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 23 April.

Saifuddin Shafik menulis, “Baru raptai dah mampos. Tak sempat nak perang” diikuti emoji tepuk muka.

Selepas dihujani kecaman, dia kemudiannya tampil memohon maaf dengan memberitahu ungkapan itu adalah perkara pertama yang terlintas di fikirannya apabila melihat rakaman video kemalangan itu.

“Bukanlah bermaksud saya ingin merendahkan atau mencaci mereka yang terkorban, cuma saya mengharapkan sekiranya perajurit negara terkorban, bukan sebegini rupa.

“Saya berharap siasatan dijalankan untuk mengetahui apakah punca sebenar, kesilapan manusia atau peralatan tidak berfungsi,” tulisnya.

Tergamak ucap begitu terhadap 10 korban nahas helikopter TLDM, ustaz pun bandingkan lelaki ini dengan babi di hutan

Bagaimanapun, ramai mempersoalkan alasannya memandangkan manusia tidak boleh pilih cara pengakhiran hayat dan bukannya hak yang masih hidup mempersoalkan kematian hamba Allah.

Tidak kurang juga berpendapat individu berkenaan sama seperti penyokong tegar pembangkang hanya mahu mencari sebab untuk membangkitkan sentimen kebencian terhadap pentadbiran kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Niat dia nak kutuk Kerajaan Madani saja yang tersirat sebenarnya ni,” kata pengguna Facebook, Umi Amyra.

Ikuti nasihat Ustaz Miqdad Zakaria berhubung komentar tidak berakhlak terhadap mangsa nahas terbabit:

Astaghfirullah…

Mengucap panjang saya baca komen dari manusia yang kononnya ada pendidikan yang baik, tapi kenapa akhlak terlalu bebal berbanding seekor babi di hutan yang tidak pernah ikut mana-mana pengajian tinggi.

Macam biasa, bila sudah viral komen buruknya, maka mulalah buat permohonan maaf secara ikhlas ibarat otak baru berfungsi dengan baik.

Entahlah,

Ingatlah wahai sahabat-sahabat, akhlak buruk mustahil ke syurga!

Tidak kira siapa, ulamak atau orang biasa, semua akan dihisab oleh Allah dengan seadil-adilnya.

Baca:

”Inilah dia terpaling netizen” – Wanita hina mangsa tragedi helikopter TLDM undang kecaman

Kayuh basikal sejauh 12,000 KM, tiga rakyat Malaysia tiba di Madinah

Pokok bunga siapa dia tolong siramkan? Ini sebabnya geng ekstremis mohon ke tepi