Resepi ini menghidangkan resipi tauhu sumbat yang lembut dipadankan dengan kuah kacang yang kaya dengan rasa, mencipta kesedapan yang pasti memikat selera anda.
Bahan-bahan tauhu sumbat:
• Tauhu basah
• Timun
• Sengkuang
• Lobak merah
• Taugeh
📌 Tauhu di goreng sehingga masak kemudian di potong segitiga
📌 Tengah-tengah tauhu tu di kelar untuk sumbat sayur-sayuran nanti
📌 Timun, sengkuang, lobak merah di sagat atau di potong memanjang
📌 Taugeh di buang ekornya kemudian celur sekejap dgn air panas. Jangan celur terlalu lama, takut kejap lagi lembik plak.
📌 Bahan-bahan sayur nie bleh la di sumbat dalam tauhu yang dah di goreng dan di kelarkan kat tengah-tengah tu
Bahan-bahan kuah kacang:
• Kacang tanah di sangai tanpa minyak kemudian di blend kasar
• 2 biji bwg besar
• 3 biji bwg putih
• 2 inci halia
• 3 btg serai
• 15 biji cili kering (nak pedas, lebihkan)
• Air asam jawa
• Gula merah, gula nisan @ gula kabung
• Garam, gula
• Air
• Minyak untuk menumis
📌 Bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili kering di potong kasar-kasar kemudian goreng sekejap di dlm minyak. Bila agak-agak dah garing, angkat dan toskan
📌 Masukkan bahan-bahan tadi dalam blender, kisar sehingga halus
📌 Gunakan minyak lebihan goreng bahan-bahan tadi kemudian tumis bahan-bahan yang di blend tadi sehingga masak dan pecah minyak
📌 Bila dah agak-agak pecah minyak, masukkan gula merah atau nisan beserta air asam jawa
📌 Kemudian masukkan kacang tanah yg di blend kasar tadi. Kalau agak kering dan pekat, boleh masukkan air
Ikut citarasa masing-masing nak kuah kacang tu macam mana. Pekat atau agak-agak cair sikit
📌 Kemudian perasakan dgn garam & gula. Agak dah ok rasanya, boleh tutup api
📌 Siap kuah kacang. Boleh la di makan dengan tauhu yang dah di sumbat tadi
Selamat mencuba resipi ini.
Kredit: Shah Shatry
Baca:
Panas melampau: Ini penjelasan NADMA Malaysia tentang gelombang haba wajib anda tahu
Banggakan Malaysia! Faisal Halim rangkul gol terbaik pada Piala Asia Qatar