Realtime website trackingweb stats

Tak duduk dalam kasut, cara Neelofa & Nabil respon luahan ‘caller’ raih kritikan warga maya

Oleh NUR KASIH

Baru-baru ini, video yang dikongsi oleh Era FM di TikTok tular di media sosial.

Video itu menunjukkan seorang pemanggil radio menceritakan kisah hidupnya yang sangat mencabar.

Menurut ‘caller’ tersebut, ketika berusia 13 tahun, ibunya meninggalkannya untuk berkahwin dengan lelaki lain dan menjadi isteri kedua lelaki itu.

Tidak lama selepas itu, ayahnya meninggal dunia, meninggalkan dia dan dua adiknya untuk menanggung kehidupan mereka sendiri tanpa sokongan ibu yang sudah memulakan keluarga baru.

Tak duduk dalam kasut, cara Neelofa & Nabil respon luahan 'caller' raih kritikan warga maya

Walau bagaimanapun, selepas beberapa tahun berlalu, ibu wanita ini muncul tiba-tiba dengan tujuan untuk meminta maaf dan memperbaiki hubungan dengan anak-anaknya yang telah ditinggalkannya.

Wanita ini bagaimanapun turut mengungkapkan perasaan kecewa dan marahnya terhadap ibu kerana sebelum ini tidak mengambil berat terhadapnya dan adik beradiknya, serta merasa sukar untuk memaafkan ibu kandungnya tersebut.

Setelah mendengar kisah dari ‘caller’ itu, Neelofa memberikan nasihat kepada wanita tersebut supaya dia memaafkan ibunya walaupun ia sangat sukar dilakukan selepas mengalami apa yang telah dia lalui sebelum ini.

“Kita sebagai hamba Allah, kita buat macam mana pun hubungan dengan ibu tu tak boleh diputuskan.”

“Walau seteruk sekeji mana dia pun. Dan kesalahan dia itu memang susah untuk kita lupakan tapi maafkan tu mungkin.

Dengan usaha kesusahan maafkan dia tu, ada kebaikan yang Allah akan berikan nanti,” kata Neelofa

Nabil juga menceritakan cerita zaman Nabi Musa A.S tentang seorang lelaki yang memandikan dua ekor khinzir tanpa sedar kedua-dua khinzir itu sebenarnya adalah ibu bapanya sendiri.

Beliau memberi nasihat supaya wanita tersebut tetap menghormati ibunya walaupun ibunya tidak sebaik mana pun.

“Maknanya penerimaan seorang anak kepada ibu bapa itu, walau seteruk manapun ibu bapa itu, kita sebagai anak, kita kena muliakan juga dia orang,” kata Nabil.

Video tersebut mendapat pelbagai komen daripada warganet dengan kebanyakan daripadanya merasakan nasihat yang diberikan oleh Neelofa dan Nabil tidak sesuai.

Menurut pendapat mereka, Neelofa dan Nabil tidak memahami perasaan yang dirasai oleh ‘caller’ tersebut dan mengesyorkan supaya dia memaafkan ibunya dengan mudah adalah tidak wajar.

Ini juga menarik perhatian pengguna Facebook yang memberi pendapat mereka tentang respons Neelofa dan Nabil.

Namun, ada juga di antara pengguna internet yang rasa apa yang Neelofa cadangkan itu betul kerana menyimpan dendam dan rasa tidak puas hati hanya akan menjadikan hidup seseorang tidak tenteram.

Sedih dengar ceritanya, semoga beliau kuat menghadapi cabaran yang datang.

@era.je Allahu. Bayangkan betapa traumanya Laila (bukan nama sebenar) sampai sekarang dia susah nak bagi kepercayaan pada orang. Banyak pengorbanan yang Laila kena buat. Cuma sekadar nasihat dari @nabilzira & @neelofa , awak maafkan dan berbaiklah dengan ibu. Apa pun Laila, awak memang orang yang hebat. Moga Allah permudahkan urusan awak 🤲🏻🥹 #sharERA #ERARadioNo1PalingLegit #3PagiERA #JumaatBersamaLOFA ♬ emotional sad background(1383128) – MaxRecStudio

Baca:

Kejam! Rejim zionis rogol, bunuh wanita di depan anak & suami

Jasmine Suraya terpaksa jual kereta tanggung kos pengajian, ini reaksi Menteri Komunikasi

Untung berkali ganda, sikap tamak peniaga ‘mark up’ harga nasi di aplikasi Grab raih perhatian