Semakin hari semakin dekatnya bulan Ramadan dengan kita, anda akan mula bersiap-siap untuk sambut Hari Raya Aidilfitri.
Salah satu persiapan penting adalah memilih baju raya.
Sekarang ni, ramai orang beli baju raya secara online.
Senang, tak perlu beratur panjang, dan banyak pilihan corak dan rekaan.
Tapi, satu masalah yang sering timbul bila beli baju online ialah saiz yang tak betul, terutamanya untuk perempuan.
Mungkin cara ukur tak tepat.
Jangan bimbang, Ida Ismail, seorang tukang jahit yang berkongsi tips di Facebook, ada cara mudah nak ukur badan agar baju raya kita fit dengan sempurna!
Cara mengambil ukuran badan:
1) Bahu
Ukur dari tulang bahu kanan ke tulang bahu kiri di bahagian belakang, sedikit di atas pangkal leher.
2) Dada
Ukur keliling dada dari belakang melalui titik tengah dada.
3) Pinggang baju
Ukur keliling pinggang yang paling ramping, khusus untuk baju.
4) Pinggang kain
Jika memakai pinggang kain di bahagian rendah, ukur di situ.
5) Punggung
Ukur dari puncak punggung yang menonjol ke arah perut.
Untuk yang perut agak buncit atau mengandung, ukur dari punggung hingga perut yang paling tinggi.
Ini penting supaya kain tidak terlalu ketat di bahagian perut.
6) Panjang lengan
Bengkokkan sedikit tangan anda, lalu ukur dari tulang bahu ke panjang lengan yang anda inginkan.
Pastikan tangan dibengkokkan agar pengukuran tepat dan labuh.
7) Panjang leher
Ukur dari bahagian belakang leher sehingga ke tulang leher di bahagian depan.
8) Panjang baju
Ukur dari bahagian depan, melalui dada dan ke panjang yang diinginkan.
Pastikan pengukuran melalui dada supaya baju tidak terlalu pendek.
9) Panjang kain
Ukur dari pinggang lurus ke bawah hingga ke lantai atau tapak kaki (tanpa kasut).
Jika akan memakai kasut tumit tinggi, tambahkan sedikit panjang untuk tumit.
10) Panjang jubah
Ukur dari bahu sebelah dengan pangkal leher, melalui dada dan terus ke panjang yang dikehendaki.
Selamat mencuba dan semoga membantu!
Baca:
Temui ajal di gelanggang, rupanya anak muda ini sanggup tolak beberapa ke universiti demi silat