Sticker whatsapp lelaki menangis rupanya ada kisah sedih ramai tak tahu. Dalam dunia komunikasi digital hari ini, penggunaan sticker WhatsApp sudah jadi perkara biasa. Malah, ramai setuju sticker lebih “bernyawa” dalam menyampaikan emosi – daripada yang kelakar, marah sehinggalah yang sedih.
Tapi awas… tak semua sticker sesuai dijadikan bahan gurauan. Salah satunya ialah sticker lelaki menangis yang ramai suka guna untuk tujuan melawak.
Nampak biasa? Sebenarnya sticker itu menyimpan kisah yang sangat menyayat hati.
Gambar Lelaki Menangis Itu Bukan Untuk Bahan Lawak – Dia Kehilangan 5 Anak Dalam Tsunami
Menurut perkongsian dari pengguna Facebook, Syed Mohamad Nazli Syed Ahmad Jamalullail, gambar lelaki menangis yang kini tersebar luas sebagai sticker WhatsApp sebenarnya ialah Zulkifli Mohd Noor, rakannya dari Balik Pulau, Pulau Pinang.
Lebih menyentuh hati, gambar itu diambil ketika Zulkifli sedang berkongsi kisah sedih kehilangan lima orang anaknya dalam tragedi tsunami 2004. Ia bukanlah gambar untuk dibuat lawak – apatah lagi dijadikan sticker!
“Ketika itu, saudara Zul sedang menceritakan detik hitam hidupnya. Gambar itu sangat peribadi, dan tak patut dijadikan bahan gurauan,” jelas Syed Mohamad Nazli.
Anak-Anak Zulkifli Yang Terlibat Dalam Tragedi:
- Siti Nurain (17 tahun)
- Mohd Shukri (12 tahun)
- Siti Nur Shuhada (10 tahun)
- Siti Nur Atikah (9 tahun)
- Siti Suraya (5 tahun)
Dua anaknya terselamat dalam kejadian itu:
- Siti Fairuz (16 tahun)
- Siti Zulaikha (baru berusia 1 tahun ketika tragedi berlaku)
Jangan Sebar Sticker Tanpa Tahu Cerita Di Sebaliknya
Nazli turut menyeru orang ramai supaya lebih peka dan beretika dalam menggunakan kandungan digital, terutama melibatkan gambar individu sebenar.
“Ramai mungkin tak tahu cerita sebenar. Sebab itu kita perlu lebih berhati-hati sebelum guna sebarang imej orang lain. Jangan sewenang-wenangnya buat bahan lawak tanpa memahami kisah di sebaliknya.”
Ramai Netizen Tersentuh, Ajak Hentikan Penggunaan Sticker Itu
Perkongsian Nazli meraih perhatian ramai di media sosial. Rata-rata netizen setuju bahawa penggunaan sticker berunsur peribadi seperti ini sangat tidak sensitif dan melampaui batas.
“Langsung tiada sensitiviti. Terlalu selesa bergurau sehingga tak tahu mana hadnya,” komen seorang pengguna Facebook.
Tolong Hentikan Penggunaan Sticker Ini. Hormati Kisah Di Sebalik Air Mata Itu.
Mula hari ini, mari kita lebih berhati-hati. Tak semua gambar wajar dijadikan hiburan. Hormatilah setiap wajah – mungkin ada kisah duka yang kita tak pernah tahu.
BACA JUGA :
4 aksesori ini patut ‘diharamkan’ dalam kenderaan ,tak boleh claim insurans jika berlaku kemalangan
“Warning: Owner Sudah Punya Isteri” – Sakan isteri ini tampal pelekat amaran kepada penyondol