Pelawak dan pengarah Bubblebee Sdn. Bhd., Shuib, menerima hukuman denda sebanyak RM17,500 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret
Atas tujuh pertuduhan, termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang berlaku dua tahun lalu.
Shuib mengakui kesilapannya dan menyifatkan tindakan undang-undang ini sebagai satu pengajaran penting
Hanya untuk memastikan perkara-perkara yang melibatkan kebajikan pekerja tidak terlepas pandang.
Beliau juga berkata, insiden ini merupakan sebahagian daripada liku-liku dalam dunia perniagaan.
Menurutnya lagi, “Insya-Allah, apa yang berlaku ini akan membuatkan kami sebagai pengurusan syarikat lebih peka dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas kami dengan lebih baik.”
Mengulas mengenai perkara itu di ruangan komen aplikasi X, ramai netizen mengecam tindakan Shuib yang gagal membuat caruman kepada PERKESO.
Selain itu, mahkamah turut mengarahkan agar syarikat tersebut dipenjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan.
Bagaimanapun, syarikat dibenarkan untuk membuat bayaran secara ansuran sebanyak enam kali bagi menyelesaikan tunggakan caruman kepada PERKESO.
BACA: Cubaan putuskan bekalan gula dan minyak paket gagal, 13000kg gula dan 5100 paket dirampas