Antara sebab kenapa perlu mengundi se-awal umur 18 tahun, yang pertama adalah umur 18 tahun telah diberikan kebenaran untuk berkahwin dan juga boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya melakukan kesalahan jenayah. Jadi mereka ada hak untuk menentukan baik dan buruk sesuatu perkara dalam kenegaraan.
Yang kedua, mereka mempunyai hak untuk memilih dan menjadi sebahagian daripada proses demokrasi akan memberi lebih banyak sebab untuk orang muda menjadi aktif dalam masyarakat.
Dengan memberi hak mengundi seawal usia 18 tahun, orang muda akan terdedah dengan proses demokrasi dari awal. Oleh kerana mereka akan membuat keputusan politik, orang muda akan ambil kisah dan lebih melibatkan diri dengan lebih rancak di dalam hal berkaitan masyarakat dan pemerintahan negara.
https://www.youtube.com/watch?v=UiHung18tfk