Sakan ‘snap’ gambar budak bermain, ibu ini risau aksi aneh lelaki bertopi. Ibu bapa yang memiliki anak sudah pasti menginginkan keselamatan mereka terjamin walau berada di mana pun.
Ia termasuklah di tempat awam seperti taman permainan. Kebiasaannya, ibu bapa membiarkan anak-anak bermain sambil menunggu di tempat duduk yang disediakan.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan kelakuan aneh seorang lelaki di taman permainan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba ambil gambar budak di taman permainan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang duduk di kawasan permainan sambil memegang telefon bimbitnya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia dilihat merakam dan mengambil gambar budak yang berada di situ. Kelakuannya yang aneh telah dirakam oleh salah seorang ibu daripada kanak-kanak di situ.
“Tak tahu apa masalah dia snap gambar budak-budak test camera hp baru ke?,” tulisnya.
“Ada gambar, buat aduan. Tak silap dulu pernah ada kes begini bila polis check hp, penuh denagn benda-benda phedo” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 40K tontonan, 302 tanda suka dan 64 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Bahaya betul, mak bapak perlu pantau anak-anak setiap masa.