Terdapat satu kaedah yang menarik untuk mendapat tekstur sotong yang lebih pejal dan tidak berair semasa proses mencucinya.
Kaedah ini telah terbukti berkesan dan saya ingin berkongsi dengan anda semua.
Saya menggalakkan anda untuk mencuba kaedah ini dan lihat hasilnya sendiri!
Sekadar perkongsian, cara saya cuci sotong.
Dulu saya pernah tengok dokumentari nelayan korea.
Mereka suruh basuh sotong kurita cara ni,
saya cuba dan hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair apabila kita masak.
Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak.
Cara-caranya:
1. Potong sotong ikut saiz yang dikehendaki.
2. Taburkan garam kasar dalam satu-dua dalam bekas berisi sotong (boleh juga guna garam halus tapi lebih baik garam kasar).
3. Gaul dan ramas sotong bersama garam kasar.
4. Ramas sampai keluar buih macam sabun.
5. Sotong akan keluarkan buih-buih seperti buih sabun. Ramas-ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong tu pejal.
Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih sehingga hilang air buih air garam. Dengan itu, sotong tak masin jika basuh bersih.
6. Kemudian tos kan sotong.
Boleh masak seperti biasa. Sotong tak keluarkan banyak air dan pejal walaupun dah masak.
Kredit: Noris Nora
Baca:
Kemesraan Syed Saddiq dengan anak Bella jadi bualan, ada apa-apa ke?
Ini respon selepas tular ‘screenshot’ NRF & Aliff Aziz, adakah Bella sudah ‘penat’?
‘Kalau you curang i pun boleh’, gelagat sekumpulan anak muda ini mengundang sindiran netizen