Realtime website trackingweb stats

Resipi ikan percik guna bahan ‘simple’ – Boleh ‘standby’ menu Ramadan

Oleh NUR KASIH

Inilah resipi ikan percik yang mudah dan cepat menggunakan bahan-bahan yang ringkas, sesuai untuk menjadi pilihan menu ‘standby’ semasa bulan Ramadan.

Rasa 3 kali dah minggu ni buat ikan percik.

Saya dari Kelantan tapi taknak la claim resepi percik ni original kelantan, lain orang lain resepinya kan.

Resipi ikan percik guna bahan 'simple' - Boleh 'standby' menu Ramadan

Saya kongsikan resepi untuk sesiapa yang nak cuba.

Resepi Ikan percik:

• Ikan, basuh bersih dan kelar (selar, kembung, bawal hitam, keli) di sapu dengan bawang halia, bawang putih garam yang di blend.
• Ikan tu kuantiti macam dalam gambar tu, ada lebih lagi kuah untuk cicah-cicah. Perap sekejap.

Untuk kuah:

• Santan rm2 lain tempat lain harga dan cair pekatnya (elok yang pekat)
• Bawang merah besar ibu kaki 3 ulas*
• Bawang putih sulas besar kacang merah je*
• Halia sehiris*
• Lada kering besar 3 biji rendam buang biji*
• 1 sudu kecik tepung beras dicampur stgh cawan air masak
• Asam gelugor 1 keping kecil
• Daun pandan selai
• Serai 2 batang ketuk

Cara masak kuah:

1. Blend bahan * bersama 2/3 cawan air sehingga lumat, masuk dalam periuk, masukkan santan, serai, asam gelugor, daun pandan, garam, gulax(lebih sikit biar rasa manis-manis sikit)

2. Kacau jangan berhenti hingga gelegak, masuk pula bancuhan tepung beras, kacau lagi hingga gelegak dan agak pekat.

3. Tutup api.

Cara bakar ikan:

1. Susun dlm perangan, bakar ikan kiri kanan supaya ada kesan hangit sikit tapi bukan over cook tau, pastu baru siram-siram dengan kuah tadi.

2. Saya buat 2 kali siram je sebab nak jaga tekstur ikan, nanti over cook ikan jd keras pulak.

Selamat mencuba.

Kredit: Lisa AISHA

Baca:

Panas melampau: Ini penjelasan NADMA Malaysia tentang gelombang haba wajib anda tahu

Kes rogol ‘suka sama suka’ remaja naik mendadak akibat akses mudah bahan lucah, ini nasihat polis kepada B40

Banggakan Malaysia! Faisal Halim rangkul gol terbaik pada Piala Asia Qatar