Realtime website trackingweb stats

Puteri yang boleh berhubung dengan malaikat bakal kahwin dengan ‘pawang besar’

Oleh ADINDA

Puteri yang boleh berhubung dengan malaikat bakal kahwin dengan ‘pawang besar’.

Ibarat pinang dibelah dua dari segi pemikiran, seorang puteri Norway bakal mengahwini pasangannya, Durek Verrett pada musim panas tahun depan.

Raja Harald V mengucapkan tahniah kepada mereka dan berkata, baginda gembira untuk menyambut Verrett ke dalam keluarganya, lapor Perbadanan Penyiaran Britain(BBC).

Puteri Martha Louise, 52, pernah menggemparkan orang ramai apabila mendakwa boleh berkomunikasi dengan malaikat.

Beliau melepaskan tugas-tugas diraja tahun lalu untuk menguruskan perniagaan perubatan alternatif yang dikongsi bersama tunangnya.

Mereka bertunang pada Jun 2022 dan menerima restu Raja Harald V.

“Kami teruja untuk Verrett menyertai keluarga diraja dan kami menanti hari besar (perkahwinan) tersebut bersama mereka.

“Kami mengharapkan yang terbaik buat Martha Louise dan Verrett,” kata raja dan permaisuri Norway dalam satu kenyataan yang disiarkan semalam.

Verrett, 49, merupakan seorang shaman atau pawang dari Amerika Syarikat (AS) yang pernah berpendapat kanser adalah penyakit pilihan.

Lelaki kulit hitam itu dikenali ramai kerana mempromosikan amalan perubatan tanpa bukti saintifik termasuk menjual medalion secara online untuk mencegah Covid-19.

Perkahwinan mereka akan diadakan di bandar Geiranger di tepi sebuah fiord yang dinobatkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Verett yang menganggap dirinya Shaman Generasi Ke-6, pernah mendakwa bahawa dirinya bangkit daripada kematian dan meramalkan serangan 9/11 ke atas AS dua tahun sebelum tragedi berlaku.

Sebelum ini, Martha Louise berkahwin dengan penulis, Ari Behn tetapi kemudiannya bercerai pada 2017.

Ekoran itu, Behn yang mengalami kemurungan, meninggal dunia akibat membunuh diri pada 25 Disember 2019.

Martha Louise ialah anak sulung Raja Harald V. Adik lelakinya, Putera Mahkota Haakon akan mewarisi takhta selepas ayahnya mangkat.

Baca:

‘Instafamous’ antara pemain filem lucah, pelakon dibayar hingga hampir RM5,000 setiap filem

Kecoh netizen Indonesia marahkan Malaysia, tuduh ciplak lagu Halo-Halo Bandung

Sedar tak tempoh menunggu di hospital dah makin singkat? Jauh sangat beza dengan sebelum ini