Realtime website trackingweb stats

PN fitnah calon BN PRK Mahkota ada kes Polis, rupanya pertahan OKU

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Kes jenayah yang dikaitkan dengan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)

Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota tidak melibatkan sebarang pertuduhan di mahkamah.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku

16 tahun lalu ketika Syed Hussien Syed Abdullah berusaha mempertahankan keselamatan seorang orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

Oleh itu, beliau mengecam tindakan pembangkang yang dilihat ketandusan isu dengan memainkan isu tersebut.

PN fitnah calon BN PRK Mahkota ada kes Polis, rupanya pertahan OKU

“(Berdasarkan) laporan yang saya baca, ketika beliau (Syed Hussien) berumur dalam 20-an, beliau cuba membela seorang OKU buta daripada diganggu dan dipukul oleh satu kumpulan… jadi, beliau membela orang buta itu.

“Saya telah semak dan mendapati tiada kes polis dan tiada kes mahkamah. Jauh sekali untuk beliau diheret ke mahkamah dalam kes yang berlaku pada tahun 2008,” katanya pada sidang media selepas Program Tautan Kasih Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Tanah Runtuh di sini, pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai dakwaan Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin, bahawa Syed Hussien mempunyai rekod jenayah.

Badrul Hisham, yang lebih dikenali sebagai Che’gu Bard, menyatakan bahawa Syed Hussien perlu memberikan penjelasan mengenai laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan kes gaduh dan mencederakan.

Ahmad Zahid menambah bahawa pembangkang sengaja menimbulkan isu peribadi untuk merosakkan keyakinan pengundi terhadap calon BN.

“Pembangkang telah ketandusan isu, maka mereka mencari isu peribadi untuk menghilangkan keyakinan pengundi kepada Syed Hussien.

“Mungkin kerana tiada sambutan untuk calon mereka, mereka cuba mengganggu calon kita,” katanya.

BACA: Betul ke anak buas sebab tak buat Aqiqah? Ini jawapan Ustaz