Penggunaan jubin menjadi pilihan utama pengguna kerana ia beri banyak pilihan dari pelbagai corak dan rekaan yang sesuai dengan zaman.
Haznira Haz, yang menghiasi kediamannya dengan lantai jubin berwarna putih bersama keluarganya,
Baru-baru ini mendapati bahawa lantai rumahnya mempunyai kesan watermark meskipun telah dimop sehingga bersih dan berkilat.
Buntu dengan situasi tersebut, dia meminta pandangan daripada ahli kumpulan Facebook berkaitan dekorasi rumah, Kami Suka Deko Deko.
Berikut adalah beberapa petua dan teknik yang dikongsikan untuk mendapatkan hasil yang menarik.
1. Tanpa bahan pencuci
Campurkan setengah baldi air panas dengan satu sudu besar cuka masak dan setengah penutup pelembut pakaian. Larutkan semua bahan sehingga sebati dan mop seluruh kawasan rumah yang berjubin.
Kemudian, lap lantai menggunakan kain tuala supaya cepat kering. Selain berkilat dan wangi, kesan watermark yang dialami juga akan hilang sepenuhnya.
2. Ikut amalan orang Jepun
Ramai yang beranggapan lantai jubin mudah dijaga dan hanya perlu dimop secara berkala. Namun, hakikatnya, lantai jubin perlu dimop dan dikeringkan dengan betul untuk mengelakkan kesan melekit atau watermark yang kekal.
Oleh itu, teknik masyarakat Jepun iaitu mengelap lantai menggunakan kain adalah cara paling sesuai jika anda memilih jubin sebagai penghias kediaman.
3. Pastikan lantai dikeringkan selepas mop
Kebiasaannya, para ibu akan membiarkan lantai kering dengan sendirinya. Tindakan ini bukan sahaja menyebabkan kesan watermark, malah kadangkala lantai akan melekit dan meninggalkan kesan tapak kaki.
Untuk mengelakkan ini, para ibu disarankan untuk mengeringkan lantai yang dimop dengan menggunakan kain yang sesuai, seperti tuala atau kain microfiber.
BACA: Kekayaan mencapai RM 821 billion, pengasas Facebook bilionaire termuda dunia