Realtime website trackingweb stats

Pelari maraton KLSCM ini cerita ramai solat Subuh, rupanya dulu susah tengok orang solat atas jalan

Oleh SHAZLIN AZIZ

Seorang pelari maraton berkongsikan pengalamannya selama lebih 20 tahun menyertai acara larian ‘full marathon’ (FM) yang berjarah sejauh 42 km.

Sudah menjadi kelaziman, acara bagi kategori larian maraton penuh akan bermula sekitar jam 3 pagi.

Peserta Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM 2023), Kamarul Faizal, 43, baru-baru ini berkata, ramai pelari sebenarnya mengerjakan solat Subuh di atas jalan di ruang yang disediakan pihak penganjur.

Suasana ‘meriah’ pelari sedang bersembahyang dan mengambil wuduk itu, katanya, sukar dilihat dalam dua dekad lalu sekaligus menggambarkan kesedaran untuk mengerjakan solat dalam kalangan pelari Muslim sudah meningkat.

“Tambahan dulu, tidak ramai orang Melayu dan Islam yang mahu berlari dalam FM. Alasan sukar untuk solat Subuh.

Pelari maraton KLSCM ini cerita ramai solat Subuh, rupanya dulu susah tengok orang solat atas jalan

“Tidak ramai juga orang kita ada dalam jawatankuasa penganjuran larian. Jika yang masuk pun, ada yang tidak bersolat dan ada yang bersolat di water station, stesen minyak, surau atau masjid,” ceritanya di Facebook beliau.

Beliau yang konsisten menyertai acara larian sejak 2001 berkata, kemudahan solat untuk pelari Muslim mulai disediakan pihak penganjur sejak 2015.

“Sebelum itu, ada disediakan surau di tapak pelepasan. Model yang sama banyak juga diikuti oleh mana-mana pihak penganjuran yang besar. Orang kita pun sudah ramai yang berjarak HM (half marathon) ke atas,” ujarnya.

Untuk rekod, acara KLSCM di Dataran Merdeka minggu lalu menyaksikan seramai 12,318 pelari menyertai kategori FM manakala 12,552 orang memilih separa maraton (HM).

Mengulas lanjut, Kamarul menasihati pelari maraton agar melaksanakan terus solat Subuh tanpa bertangguh sejurus masuk waktu walau di mana pun beracara.

“Di mana-mana sahaja kita boleh bersolat. Asal cukup syarat sah solat dan cukup syarat wajib solat,” ujarnya.

Beliau turut berkongsikan pengetahuannya mengenai hukum berkaitan solat jika was-was daripada kebersihan hadas kecil memandangkan ketika berlari mudah terkeluar air wadi atau air kencing.

“Ambil syarat wajib solat dulu (tiba waktu solat) kemudian ganti semula untuk melengkapkan syarat sah solat (wuduk, suci dari hadas, berpakaian menutup aurat),” tambah Kamarul lagi.

Baca:

Gara-gara pelakon Hafidz Roshdi cederakan bekas isteri, ramai terkesan dengan luahan Lufya

Siapa kata bilik orang bujang mesti bersepah, pemuda ini kongsi tips kemas dan bersih

Banyak rupanya jenis kontraktor, wanita ini kongsi 5 beza pemegang lesen besar dan kecil