Lagi penipuan untuk memburukkan pejuang Hamas dan Palestin ‘kantoi’ apabila tular klip video aksi ‘cemas’ seorang wartawan asing.
Lakonannya dalam usaha meraih simpati kepada tentera zionis Israel tidak menjadi apabila elok saja beberapa individu dilihat sedang berjalan santai di hujung klip video itu.
Dalam masa sama, dua penunggang basikal nampak tenang saja mengemudi kenderaan masing-masing.
Rata-rata warganet berpendapat mereka yang menyokong pengganas Israel sudah terdesak untuk mewajarkan pembunuhan besar-besaran yang dilakukan sejak 7 Oktober lalu.
“Orang punya terdesak sampai otak tercicir atau memang takda otak?
“Banyak sangat main PUBG, inilah jadinya.
“Nak jadi bodoh boleh tapi jangan rakam bagi satu dunia tengok,” antara sindiran orang ramai.
Sebelum ini, pempengaruh media sosial, Sofyank turut menelanjangkan penipuan pro rejim zionis yang menghasilkan imej suntingan bermotifkan untuk memburukkan pemimpin Hamas kononnya sedang bersantai mewah.
Namun, Sofyank atau nama sebenarnya Muhammad Sofian Abdullah yang mahir dalam suntingan video kesan visual (VFX) secara sinis menganggap itu percubaan yang baik.
Hal ini memandangkan, tekstur muka lari terlalu jauh daripada yang sepatutnya, sampaikan ada yang hilang hidung.
Selain itu, ‘cropping’ pula tidak ‘bersih’ dengan kelihatan ‘strok’ putih di kepala.
Sehingga 24 Oktober, jumlah keseluruhan korban di Palestin akibat serangan udara tanpa henti oleh pengganas Zionis sudah mencecah lebih 5,000 orang di Gaza.
Israel turut memusnahkan sejumlah hospital, masjid dan gereja selain menyekat sepenuhnya bekalan air, makanan dan bahan api ke Gaza yang sudah 16 tahun menjadi ‘penjara’ terbesar di dunia apabila dikenakan sekatan udara, laut dan udara.
Wartawan Romania di Israel memberi laporan dalam keadaan meniarap kerana katanya Hamas sedang giat menyerang Israel.. Dalam masa sama, kelihatan orang awam berjalan dan berbasikal secara santai berhampirannya.. 😅pic.twitter.com/z5fi5KNgZK
— Jalal Misai (@jllmisai) October 22, 2023
Baca:
“Itu keputusan paling sukar dalam hidup” – Aedy Ashraf
Cubaan fitnah pejuang Hamas tapi guna imej AI sangat buruk, Sofyank anggap ‘percubaan yang baik’
Flat dipagar memang cabaran ‘rider’, pasang mangga antara cadangan buat B40 selera T20