Realtime website trackingweb stats

Lelaki kongsi realiti pekerja p-hailing dan e-hailing buat air mata auto meleleh, benarlah ‘hidup ini keras’

Oleh ADINDA

Seorang lelaki berkongsi kisah sedih pengalaman beliau menggunakan khidmat p-hailing dan e-hailing.

Perkongsian itu merupakan tiga kisah perbualan beliau dengan pemandu kereta dan dua penunggang motosikal penghantar makanan yang mencerminkan realiti sebenar kerasnya kehidupan golongan itu.

Hidup Ini Keras!

Kisah Pertama

Beberapa hari lalu saya menaiki Grab Car untuk pulang. Pemandunya wanita Cina muda.

Dari belakang saya lihat kesulitan dan kesukaran beliau memandu dalam kesesakan yang ada. Jelas beliau menggigil.

Saya tawarkan bantuan agar biar sahaja saya yang memandu. Beliau menolak.

Dari katanya, beliau baru mendapat pekerjaan sebagai pemandu Grab.

Beliau berkelulusan Ijazah dalam perakaunan. Tidak mendapat kerja selepas bergraduat. Akhirnya memilih jadi pemandu Grab.

Serius saya lihat gigilnya bertambah bila dihimpit kenderaan lain. Saya mohon turun lebih awal dari tempat sepatutnya.

Saya bagi alasan mahu berjalan sahaja ke rumah dengan harapan sedikit berpeluh.

Kisah Kedua

Saya menggunakan perkhidmatan grab food menempah makanan dan minuman.

Bila tiba masanya, loceng rumah berbunyi. Saya buka. Di depan saya seorang lelaki basah kuyup membawa tempahan. “Maaf bang, saya terjatuh tadi. Air tumpah”.

Baru saya perasan di lantai, air minuman menitis-nitis keluar. Lantai basah bersama air hujan. “Maaf bang.” Suaranya terketar.

Tak pasti terketar kerana kesejukan hujan atau takut. Benar, hampir semua air telah tumpah.

Mungkin sekitar 1/3 air sahaja yang tinggal di setiap cawan. Beberapa kali beliau memohon maaf. Saya tahu permohonannya dari hati yang dalam.

Saya kata tak usah bimbang. Tidak ada masalah pada saya. Saya salam beliau lama. Beliau berlalu sambil memandang saya berkali-kali dengan wajah yang berkata – maaf.

Kisah Ketiga

Sehari dua lalu, lewat malam. Ketika saya mahu menaiki lift, ada seorang perempuan penghantar makanan sama menunggu. Mungkin berumur 40an.

Di dalam lift saya bertanya basa basi – kenapa masih menghantar makanan lewat malam.

Entah bagaimana beliau mengalir air mata sambil menyatakan beliau hanya akan balik jika cukup target harian. Jika tak cukup, sukar untuk dia memberi makanan dan duit belanja anak-anaknya esok.

Untuk hari ini, beliau masih memerlukan beberapa ringgit lagi. Saya segera menghulur duit bagi melengkapkan target hariannya.

Saya minta usai menghantar makanan tersebut, beliau harus segera pulang. Beliau menyambut duit tersebut dengan air mata yang kian laju.

Beliau keluar dahulu. Sebelum pintu lift tertutup, sambil mengesat air mata, dia tunduk memberi hormat. Lift tertutup dan saya pula menyambung tangisan.

Serius beb. Hidup ini keras!

Sumber: Syirfan Indra

Baca:

Awas! Malaysia negara ketiga paling banyak petir, ini 4 kes maut dipanah petir

Kad Pengenalan Rosak? Senang sahaja nak tukar, dah tak perlu beratur di kaunter JPN, cepat siap pulak tu

Syarikat penerbangan buat peraturan kena timbang berat badan sebelum berlepas, tak ada terkecuali