Realtime website trackingweb stats

Lelaki dihukum penjara 27 tahun akibat bunuh Oyen dengan cara paling mengerikan

Oleh ADINDA

Lelaki dihukum penjara 27 tahun akibat bunuh Oyen dengan cara paling mengerikan. Seorang lelaki di United Kingdom (UK) didapati bersalah kerana menyeksa anak kucing teman wanitanya dengan menembak dan merendam haiwan itu dengan bahan peluntur sebelum memukulnya sehingga mati.

Lewis Hudson dari Netherley di Liverpool dijatuhi salah satu hukuman penjara yang paling lama untuk kekejaman terhadap haiwan.

LEWIS Hudson dikenakan hukuman penjara 27 bulan dan larangan seumur hidup untuk memiliki haiwan peliharaan.

Lapor Daily Mail, Lewis, 23, didapati menendang Binx yang berusia 11 bulan dengan menggunakan but keluli, menyiramnya dalam pancuran air mandian panas dan menghancurkan gigi anak kucing itu.

Dia dikenakan hukuman penjara selama 27 bulan dan larangan seumur hidup untuk memiliki haiwan peliharaan kerana mendera kucing betina tersebut.

Menurut Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA), Binx mengalami `tahap keganasan fizikal dan penderitaan psikologi yang mengerikan’ untuk tempoh yang lama sebelum kucing itu dipukul hingga mati.

Hukuman dikenakan oleh Mahkamah Liverpool Crown terhadap Lewis pada 26 Julai lalu, dipercayai merupakan antara hukuman penjara paling lama pernah dijatuhkan bagi kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2006.

RSPCA bekerjasama dengan pihak polis untuk mendakwa Lewis yang mengaku bersalah atas dua kesalahan kebajikan haiwan berkaitan Binx.

Mahkamah dimaklumkan perbuatan mendera itu bermula selepas Lewis berpindah ke sebuah pangsapuri di Prescot, Merseyside bersama teman wanitanya dan Binx pada Ogos 2021.

“Sejak itu, beberapa kejadian berlaku termasuk meninggalkan anak kucing di bilik mandi dengan pancuran air panas mengalir untuk tempoh lama, menembaknya dengan pelet dari pistol BB dan memukul menggunakan mop yang direndam dalam bahan peluntur.

“Dia juga merakam dirinya menendang anak kucing itu dengan but keluli sehingga menyebabkan haiwan itu menjerit kesakitan,” jelas laporan itu.

Rakaman video menunjukkan beberapa kecederaan berlaku pada kucing itu dan penderaan berterusan selama kira-kira lapan bulan.

Baca:

Gunung ke-2 dan ke-4 tertinggi di Semenanjung ‘hanya’ bersebelahan, tapi pendaki ini tempuhi pengalaman amat mendebarkan

Tak pasal-pasal beruang matahari Malaya yang langsing ini ‘difitnah’ netizen, ini penjelasan pihak zoo China

Padan muka! Penyerang ‘Joker’ Halloween Jepun dah dapat habuan, rupanya ini je punca Kyota Hattori mengganas