Setuju tak kalau ada yang menganggap anak kedua sebagai anak yang suka memberontak dan banyak perangai?
Memang tidak dapat dinafikan, anak kedua biasanya memiliki perwatakan yang berbeza dan unik.
Kadangkala kehadiran anak kedua boleh menjengkelkan, tetapi bila tiada, ahli keluarga pasti merindukannya kerana dialah penyeri.
Nak tahu apa perwatakan anak kedua yang boleh memeningkan kepala adik-beradik dan ibu bapa? Jom semak di bawah!
Gemar Berdikari
Anak kedua biasanya tidak suka bergantung pada ibu bapa atau adik-beradik. Mereka sudah terbiasa berdikari sejak kecil, terutama kerana ibu bapa sibuk menguruskan adik-beradik yang lain.
Suka Tarik Perhatian
Betul! Anak kedua sangat gemar menarik perhatian kedua ibu bapa. Ini berlaku kerana mereka sering merasakan bahawa kasih sayang dan perhatian yang mereka terima tidak mencukupi.
Pakar Dalam Memanipulasi
Bagi kepentingan diri sendiri, banyak anak kedua yang bersikap manipulatif. Mereka suka memanfaatkan peluang untuk memanipulasi orang di sekeliling mereka.
Suka Memberontak & Bersaing Sejak Lahir
Menurut Psychology Today, anak kedua secara semula jadi dilahirkan dengan sikap bersaing, terutama dengan anak pertama. Jadi, tidak hairanlah jika mereka sering bersikap kompetitif dan memberontak dalam keluarga.
Lebih Akrab Dengan Rakan
Fakta menarik, anak kedua cenderung untuk lebih akrab dengan rakan berbanding keluarga. Ini kerana rakan sering ada masa dan ruang untuk mereka.
Sangat Sensitif & Suka Memendam
Anak kedua biasanya sangat sensitif dan cenderung memendam perasaan. Sikap ini muncul kerana kurangnya perhatian dari ibu bapa dan sering diabaikan dalam keluarga.
Hiperaktif & Paling Cergas Dalam Keluarga
Anak kedua sering kali merupakan individu yang hiperaktif dan paling cerdas dalam keluarga. Mereka berfikir bahawa mereka mempunyai pesaing di dalam keluarga, dan dengan bersikap hiperaktif, ibu bapa akan lebih perasan dan memberi perhatian kepada mereka berbanding adik-beradik yang lain.
BACA: Penat dah nak cuci taik cicak, ini cara nak halau cicak paling padu