Realtime website trackingweb stats

Kubu bawah tanah dah mula dijual, bilionaire dunia ini lupa kubur dalam tanah itu pasti

Oleh FATIN AQILAH

Kubu bawah tanah atau ‘bunker’ sudah mula dijual dengan permintaan yang terus meningkat gara-gara bimbangkan kemusnahan dunia.

Golongan yang terdesak untuk mendapatkan “tempat perlindungan” tersebut terdiri daripada beberapa bilionaire dunia yang lupa kubur dalam tanah itu pasti.

Projek yang dibangunkan oleh Vivos dari Amerika Syarikat (AS) itu dikhabarkan boleh menempatkan sehingga 10,000 orang di dalam 575 bunker.

Kompleks ‘bunker’ berkenaan terletak di Dakota Selatan, Pierre yang merupakan bekas tapak pangkalan tentera.

Dataran seluas 28.9 kilometer itu pernah digunakan untuk menyimpan bom dan senjata dari tahun 1942 hingga 1967.

Menerusi video terbitan ML Studios, speaker Khalil Imran berkata, bilionaire dunia terbabit percaya akan adanya “The Event” antaranya kemusnahan alam, letupan nuklear atau pandemik.

“Mereka mahu mengelak daripada keadaan yang bagi mereka boleh menghancurkan dunia ini.

“Mereka juga menjanjikan kubu bawah tanah yang disediakan itu boleh diduduki selama setahun dan tak perlu keluar pun,” katanya.

Dalam masa sama, Vivos juga membina ‘perumahan’ kubu bawah tanah yang mewah terletak di Jerman dengan keluasan jauh lebih besar.

“Dalamnya ada kolam renang, panggung wayang selain mereka akan saling dihubungkan.

“Bayangkanlah, nuklear berlaku di atas tu, korang boleh happy,” kata Khalil.

Menurutnya, Pengarah Eksekutif Vivos, Dante Vicino memberitahu bahawa permintaan untuk kubu bawah tanah di AS semakin meningkat setelah berlakunya peperangan Rusia-Ukhraine.

“Mereka percaya bila bermulanya perang, mungkin boleh berlakunya perang dunia ketiga. Mereka sangat serius perkara ini,” tambahnya lagi.

Baca:

Puasa dan Raya dah nak dekat, Covid-19 makin menjadi, lelaki ini serik 12 jam tidur bertemankan mayat

Pemilik restoran sotong cekik darah RM50 dah kena serbu,ini kata KPDN wajib peniaga lain baca

‘Gula itu tenaga…’ – Penjual air balang susu ini ‘bantu’ orang ramai cepat potong kaki