Realtime website trackingweb stats

Kepada peminat kereta ‘Type-H’, model baru dilancar hari ini, harga mula RM85,900

Oleh ADINDA

Honda Malaysia menyasarkan jualan sebanyak 900 unit sebulan untuk model Honda City Hatchback Baharu 2024 yang dilancarkan hari ini untuk pasaran tempatan.

Honda adalah jenama kereta terkenal dari Jepun yang dikenali di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Jenama ini sinonim dengan kualiti, kecekapan bahan api, dan inovasi teknologi.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1948, Honda telah berkembang menjadi salah satu pengeluar kenderaan terkemuka dengan rangkaian produk yang meliputi kereta penumpang, motosikal, dan mesin kuasa.

Di Malaysia, Honda terkenal dengan model-model popular seperti Honda Civic, Honda City, dan Honda CR-V yang menawarkan prestasi unggul, reka bentuk moden, dan ciri keselamatan canggih.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Hironobu Yoshimura berkata, ia juga mencatatkan jualan keseluruhan sebanyak 21,500 unit kenderaan pada suku pertama tahun ini yang juga peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kepada peminat kereta 'Type-H', model baru dilancar hari ini, harga mula RM85,900

“Pencapaian positif ini adalah permulaan yang baik untuk Honda Malaysia.”

“Bagi mengekalkan sasaran dan prestasi jualan, model Honda City Hatchback Baharu diperkenalkan dengan ciri terkini yang memenuhi kehendak pengguna.”

“Sejak dilancarkan pada tahun 2021, Honda City Hatchback menerima sambutan yang menggalakkan dengan terjual lebih 28,700 unit dan menjadi pendahulu untuk segmen model ini bagi jenama bukan nasional di Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran model berkenaan hari ini.

Honda City Hatchback Baharu kini ditawarkan menerusi lima varian iaitu S, E, V, Petrol RS dan e:HEV RS yang ditawarkan pada harga RM85,900 hingga RM112,900 (atas jalan tanpa insurans).

Antara pembaharuan bahagian luaran yang ditawarkan pada model ini ialah gril hadapan ‘honeycomb’, gril bawah hadapan, kemasan lampu kabus LED dan kemasan bawah bampar belakang.

Ia juga dipadankan dengan rim aloi 16 inci Hitam Berlina baharu serta ‘skirting’ sisi baharu yang menambah gaya sporty untuk varian RS.

Ruang dalaman dengan ciri kemasan merah pada papan pemuka dan kerusi kulit combi dengan jahitan merah dan varian RS dilengkapi dengan sistem audio bersaiz 8 inci dengan keterhubungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Untuk varian Petrol RS dan e:HEV RS ia kini lebih panjang dengan 4,369 milimeter (mm) dan S, E dan V dengan 4,350 mm.

Ia dikuasakan dengan enjin hibrid 1.5L e:HEV dengan kuasa 109PS dan tork 253Nm yang tertinggi dalam kelasnya dan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menghemburkan kuasa 121PS dan tork 145Nm dan kedua-duanya didatangkan dengan gear automatik.

City Hatchback Baharu 2024 juga dengan ciri keselamatan terbaharu seperti Low Speed Follow (LSF) untuk e:HEV RS dan Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (LCDN) untuk semua varian.

Baca:

“Jauh dari pam tak pe” – Ini alasan Pak Cik Shell kenapa tidak boleh masak di kawasan stesen minyak

Ibu bapa terima ugutan bunuh gara-gara tempias anak ‘back up’ rakan selebriti, Naim Daniel buat laporan polis

Anak sejenis ‘happy-go-lucky, pelakon luah rasa bengang selepas anak sulung mengadu sesuatu selepas pulang sekolah