Realtime website trackingweb stats

Kalau kenduri kahwin hidang mi segera macam pasangan ini, berapa nak bagi waktu salam kaut?

Oleh NURAIMAN

Jika dahulu jika ia berlaku, mungkin dianggap sesuatu yang pelik dan memalukan.

Namun dalam situasi ekonomi tak menentu dan harga barangan serba serbi mahal, mungkin pandangan sesetengah masyarakat sudah mula berubah.

Sebuah majlis perkahwinan di Ciracas, Jakarta Timur menarik perhatian pengguna media sosial kerana mereka menghidangkan mi segera kepada tetamu undangan.

Laporan dari portal berita Wolipop menyatakan bahawa video di platform TikTok menunjukkan tuan rumah menyediakan mi segera dengan pelbagai perisa seperti ayam, bawang, soto, dan mi goreng.

Pada majlis perkahwinan yang berlangsung pada 22 Disember lalu, mereka juga menyediakan pelbagai bahan tambahan seperti sayur, bakso, sambal, dan kicap sebagai pelengkap hidangan.

Individu yang memuat naik video tersebut, Junhadi Affan, berkongsi cadangannya untuk menyajikan mi segera kepada pasangan pengantin tersebut.

“Ini adalah menu baharu daripada kedai saya iaitu Indomie. Saya sudah berbincang dengan pasangan pengantin untuk menyediakan 100 bungkus mi segera.

“Saya mencadangkan idea ini kepada mereka kerana belum pernah ada lagi pengantin yang bersetuju sebelum ini,” katanya.

Video itu menjadi viral dan menerima pelbagai komen dari warganet.

“Bagus juga kalau saya buat begini nanti kerana dapat berjimat,” kata seorang netizen.

“Kalau di kampung saya, pasti menjadi kecaman jiran tetangga,” kata netizen lain.

Baca:

Dah tak perlu beratur, guna apps je nak perbaharui lesen, siap dapat rebet RM5

‘Solat Subuh macam Jumaat pun ada yang perlekeh, respon Alif Satar ini memang ‘cool’

Ada tergamak gelar PM sebagai ‘Dajjal’, ini 7 ‘selebriti fitnah’ wajib rakyat sedari