Realtime website trackingweb stats

Jika rumah alami gangguan makhluk halus…cuba ikhtiar guna 2 bahan sahaja

Oleh FATIN AQILAH

Walaupun sering sukar dibuktikan secara saintifik, pengalaman gangguan makhluk halus boleh membawa kepada rasa tidak tenteram,

Perbuatan tidak diingini, atau mengalami sakit misteri. Untuk mengatasi masalah ini,

Pelbagai amalan tradisional yang diwarisi turun-temurun sering diamalkan bagi menghalang gangguan entiti ghaib di kediaman.

Seorang pengguna TikTok, mitch_serunaifaqir, berkongsi satu kaedah yang diajar oleh gurunya untuk menangani gangguan tersebut

Dengan pendekatan yang lebih “berdiplomasi”. Berikut adalah langkah-langkah dan bahan yang diperlukan:

Jika rumah alami gangguan makhluk halus...cuba ikhtiar guna 2 bahan sahaja

Bahan-bahan yang diperlukan:

Kulit bawang putih

Cili kering

Cara melakukannya:

Kumpulkan kulit bawang putih dan cili kering ke dalam satu bekas atau tin.

Bakar bahan tersebut perlahan-lahan untuk menghasilkan asap.

Asap ini akan digunakan untuk merasapkan seluruh ruang rumah.

Lakukan proses ini selepas waktu Asar, waktu yang dianggap sesuai untuk tujuan tersebut.

Pastikan semua pintu dan tingkap rumah dibuka lebar semasa proses perasapan berlangsung.

Biarkan proses pembakaran berlangsung selama setengah jam hingga satu jam.

Setelah selesai, tutup kembali pintu dan tingkap rumah.

Amalan ini dipercayai dapat membantu membersihkan rumah daripada gangguan entiti ghaib, memberikan rasa tenang dan harmoni di kediaman.

Namun, seperti mana-mana tradisi, keyakinan dan niat baik adalah penting dalam melakukannya.

BACA: