Realtime website trackingweb stats

Ibu dedah ada kesan merah di leher, guru lima anak miang luah rasa cinta kepada pelajar sendiri

Oleh ADINDA

Seorang remaja lelaki dilaporkan memiliki tanda merah pada lehernya selepas dikatakan berhubungan dengan gurunya.

Kejadian ini terungkai apabila ibunya memberitahu beliau selepas dia pulang dari kelas tambahan Matematik dengan guru tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pihak polis sedang menjalankan siasatan selepas menerima laporan daripada seorang wanita berusia 46 tahun pada pukul 10.30 malam, 12 Disember yang lepas.

Ibu dedah ada kesan merah di leher guru lima anak miang luah rasa cinta kepada pelajar sendiri 01

“Wanita itu mendakwa terdapat kesan kemerahan pada leher anaknya selepas mangsa balik dari ulang kaji pelajaran bersama guru Matematik.

“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang mendapati kejadian berlaku pada pukul 4.50 petang, 12 Disember lalu. Mangsa yang sepatutnya balik ke rumah masih bersama guru Matematiknya di perpustakaan.

“Pelajar itu mendakwa telah dipeluk dan dicium oleh guru Matematik berusia 37 tahun itu hingga meninggalkan kesan kemerahan pada lehernya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tegas Kamarul, remaja yang berusia 16 tahun pada masa kejadian itu telah dihantar ke hospital untuk diperiksa ke atas kemerahan di lehernya.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta kesalahan Seksual Terhadap kanak Kanak 2017.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut,” katanya.

Wan Kamarul mengesahkan bahawa apa yang disebarkan di media sosial tentang tindakan salah laku seksual oleh seorang guru perempuan terhadap pelajar lelaki adalah benar.

“Orang awam dinasihatkan tidak menimbulkan spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak benar berkenaan kejadian itu,” katanya.

Terdahulu, terdapat pendedahan tentang tingkah laku yang tidak sopan oleh seorang guru wanita yang dilakukan oleh seseorang yang dipercayai oleh kakak mangsa menjadi viral di X sebelum dipadamkan.

Dalam pendedahannya, orang tersebut mengatakan bahawa guru wanita itu, yang juga ibu kepada lima anak, dengan tanpa segan silu menyatakan perasaan cinta kepada adik lelakinya.

Selain tangkapan skrin dari percakapan mesra di aplikasi WhatsApp, dia juga memuat naik video yang menunjukkan kedua-duanya berdua-duaan di pantai.

Dia juga mendakwa bahawa keluarganya telah membuat laporan polis dan aduan kepada Pejabat Pendidikan Daerah, tetapi kedua-duanya masih berhubung.

Katanya lagi, dia mengambil langkah untuk menyebarkan perkara tersebut di media sosial agar tindakan yang tegas dapat diambil oleh pihak yang berkenaan.

Baca:

“Banyak sekolah cina yang …” – Terbeliak biji mata tengok angka tajaan ibu bapa demi anak-anak

Askar dayus ‘lempang’ isteri sehingga dengar bunyi dentuman

Sendiri buat onar, sendiri koyak! Fatiya Latiff ugut keluar agama, tak tahan dibuli netizen