Tular di media sosial usaha seorang wanita dan adik beradiknya pakat kemas rumah yang didiami ibu bapa yang ada masalah ‘hoarding disorder’.
Usaha kerja gotong-royong mengemas dan menghias semula rumah itu dilakukan ketika mak ayah mereka pergi menunaikan umrah.
“Mak ayah tidak ada, kami sekeluarga ambil masa ini untuk kemas dan deko rumah mak.
“Kami buang barang-barang yang tidak bernilai, susun semula dan cat rumah,” kata TikTokers @aainaa.nordin.
Menerusi video lain yang dikongsikannya pula, Aainaa memberitahu ibu bapanya mempunyai ‘hoarding disorder’ yang menyebabkan rumah yang didiami menimbun dengan barang-barang yang tidak diperlukan.
“Mak ayah siapa yang macam ini? Jangan cakap tak kemas ya. Kalau kemas mesti kena marah,” katanya dalam ruangan kapsyen.
Susulan itu, rupanya ramai memberitahu ibu bapa mereka juga mempunyai perangai yang sama serta tidak mahu membuang segala macam barang yang disimpan atas alasan terlalu sayang.
‘Hoarding disorder’ berkaitan dengan keadaan psikiatri yang menyebabkan individu mempunyai keinginan tinggi untuk mengumpul pelbagai jenis barang dalam kuantiti melampau.
Golongan yang suka mengumpul pelbagai jenis barang secara tidak teratur dan semborono ini biasanya payah untuk membuangnya dengan rela hati.
Barangan yang dikumpul dan disimpan itu pula tidak mempunyai kegunaan praktikal malah tidak membawa apa-apa keuntungan daripada sudut nilai ekonomi.
“Pergantungan melampau terhadap barang-barang itu mungkin kerana percaya akan ada kegunaan untuk barang itu pada masa hadapan meskipun hakikatnya memang langsung tidak,” katanya.
@kisahduniadotcom “Jangan buang, nanti boleh guna”. End up, terperuk gitu je.🥲 Nak tolong kemas takut kena marah sampai tarik muka🥲#KisahDunia #hoarder #hoardingdisorder #simpanbarang #kemasrumah #gotongroyong #sembangentertainment #beritatiktok #fypシ #foryou ♬ AIS Entertain Max X ขงจื๊อ – ขงจื๊อ
Baca:
Selepas lebih 12,000 syahid dibedil pengganas, 7 ahli Parlimen Muslim UK ini mengecewakan
5 negara ini rupanya ada cuti wanita sakit haid teruk, Malaysia bila lagi?
“Akhirnya saya menyesal beli Vellfire” – Luahan jujur bekas pemain bola sepak Kedah